Thursday, July 11, 2013

2nd iftar 1434

Salam Ramadhan...

Hari ni sangat-sangat tak produktif, hari ni masih mood cuti, al-maklumlah cuti banyak lagi...kalau kira-kira tolak cuti raya masih ada baki 13 hari lagi, tu pon cuti raya dah tolak 2 minggu(raya sakanlah tahun nih..hehe).mmm...13 hari nak habiskan dalam masa sebulan, penat jugak tu..nyesal tak simpan cuti tahun lepas banyak sikit..tapi tu pon dah hampir max dah simpankan...alahai sapa nak itu cuti saya kasi lelong..hehe...

Hari ni, ingatkan nak study, baru jer buka 3 page buku biostatistic tu dah mula menguap-nguap...(finally yang masuk ke dalam kepala adalah, buku ini ditulis oleh karunthanchina, boleh dibeli dikedai buku PPUM)..alahai sikitnyer input yang masuk, dah mengantuk2 ni, konon-kononye nak sambung balik tulis article, yang dah berenti separuh jalan, baru 3 ayat dah thought block lak..aduhai, last2 sekali baca novel..kan senang...tak produktif betul...

Tadi balik-balik dari ambil Naufal, first thing dia cakap bila sampai rumah
          " Aik ibu kemas mainan Naufal"
eee kedekut betul anak aku sorang nih...sentuh sikit mainan dier pon tak boleh...

Hari ni disebabkan tak produktif sangat-sangat, maka nak masak pon tak produktif (a.k.a malas sebenarnyer..hehe).
Menu kita hari ni ikan siakap bakar dengan sambal, sup bebola ayam dan sayur, brown rice, untuk dessert buah melaka dan buah orange.

Kebetulan masih ada baki ikan siakap dalam fidge, belasah jerlah ikan siakap, tapi kalau ada ikan pari kan best...hehe..Menu ni semua hasil dari menuntut dengan Mak...Banyak lagi kena menuntut nih...

Ikan siakap Bakar

Setengah ekor ikan siakap
sedikit Garam
sedikit Gula
sedikit Rempah kari
sedikit minyak bijan

Perapkan ikan dengan garam, gula dan rempah kari, biarkan selama 1/2 jam
kemudian mulalah memanggang...kalau tak ada pemangang, gorengkan pon boleh (*tips sihat, kalau nak goreng, pastikan minyak yang digunakan tu adalah minyak sawit, isi minyak agak-agak menyelaputi ikan,biarkan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan. selepas ikan betul-betul masak baru angkatkan, jangan lupa alaskan dengan kitchen tissue untuk penyerapan minyak yang max. Minyak yang kurang panas akan menyebabkan minyak terserap dalam ikan lebih banyak.
*Prefer gunakan minyak sawit untuk deep fry, elakkan menggunakan minyak jagung atau sayur kerana kandungan minyak ini tidak stabil untuk suhu yang tinggi...
*nak lebih sihat, boleh gunakan air fryer( insyaAllah tengah nak simpan duit beli air fryer...)

Sambal ikan bakar

2 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 lengkuas
1/2 kunyit hidup
3 batang serai
5 sudu besar cili kering yang diblender
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula

Blenderkan semua bahan, panaskan kuali, masukkan minyak sedikit
Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang telah diblander, masukkan Garam, Gula dan air asam
Biarkan dengan api yang kecil, goreng sehingga garing dan keluar minyak...
kemudian curahkan sambal pada ikan, baki sambal boleh simpan di dalam fridge, lagi lama disimpan, lagi sedap...

Kueh Buah Melaka

250gram tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
air
Gula Melaka yang telah dipotong-potong, kalau boleh jangan hancurkan sangat
Perisa pandan( kalau ikut mak, mak suruh blander daun pandan, kemudian tapis untuk dapatkan patinyer...almaklumkan anak mak ini malas sangat, jadi saya pakai perisa pandan jenama nona..sama jer bau dier mak...)
Pewarna hijau, merah, kuning
1/2 biji kelapa parut, diambil yang putih sahaja
Garam sedikit

1) Gaulkan Tepung pulut dan tepung gandum
2)masukkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan boleh digentil kan
3)masukkan perisa pandan
4)Kemudian saya bahagikan adunan ikut berapa jenis colout yang ada..macam saya, saya bahagikan kepada 3 adunan sebab nak buat warna trafic light..hehe)
5)bentukkan adunan dalam bentuk leper, kemudian masukkan gula melaka ditengah-tengah, kemudian bulatkan adunan menutupi gula melaka tadi
6) Didalam bekas yang lain gaulkan kelapa parut dan garam
7)Panaskan air dalam periuk, apabila air sudah menggelegak, masukkan buat melaka tadi. * Buah apa yang bila masak akan naik atas?..ye betul buah melaka..jadi bila buah melaka dah timbul, pakai tapis kecik angkat buah melaka tadi dan masukkan kedalam kelapa yang telah disediakan
8)Gaulkan dan sedia dihidang...

Bila teringat buah melaka ni, mesti teringat dekat manjung..dulu masa kecik-kecik, mak selalu buat buah melaka..infact first kueh yang belajar dari mak adalah buah melaka...Kalau dulu, mak buat, kami adik beradik akan dikerah buatkan bulat-bulat, al-maklumlah anak perempuan ramai, sekarang kena buat sorang-sorang...


Alhamdulillah 2nd iftar di rumah. Syukur Alhamdulillah, semoga diberi kekuatan untuk memasak untuk keluarga lagi...

Buah Melaka ala-ala traffic light



Selamat berbuka Puasa!





No comments:

Post a Comment