Thursday, July 11, 2013

2nd iftar 1434

Salam Ramadhan...

Hari ni sangat-sangat tak produktif, hari ni masih mood cuti, al-maklumlah cuti banyak lagi...kalau kira-kira tolak cuti raya masih ada baki 13 hari lagi, tu pon cuti raya dah tolak 2 minggu(raya sakanlah tahun nih..hehe).mmm...13 hari nak habiskan dalam masa sebulan, penat jugak tu..nyesal tak simpan cuti tahun lepas banyak sikit..tapi tu pon dah hampir max dah simpankan...alahai sapa nak itu cuti saya kasi lelong..hehe...

Hari ni, ingatkan nak study, baru jer buka 3 page buku biostatistic tu dah mula menguap-nguap...(finally yang masuk ke dalam kepala adalah, buku ini ditulis oleh karunthanchina, boleh dibeli dikedai buku PPUM)..alahai sikitnyer input yang masuk, dah mengantuk2 ni, konon-kononye nak sambung balik tulis article, yang dah berenti separuh jalan, baru 3 ayat dah thought block lak..aduhai, last2 sekali baca novel..kan senang...tak produktif betul...

Tadi balik-balik dari ambil Naufal, first thing dia cakap bila sampai rumah
          " Aik ibu kemas mainan Naufal"
eee kedekut betul anak aku sorang nih...sentuh sikit mainan dier pon tak boleh...

Hari ni disebabkan tak produktif sangat-sangat, maka nak masak pon tak produktif (a.k.a malas sebenarnyer..hehe).
Menu kita hari ni ikan siakap bakar dengan sambal, sup bebola ayam dan sayur, brown rice, untuk dessert buah melaka dan buah orange.

Kebetulan masih ada baki ikan siakap dalam fidge, belasah jerlah ikan siakap, tapi kalau ada ikan pari kan best...hehe..Menu ni semua hasil dari menuntut dengan Mak...Banyak lagi kena menuntut nih...

Ikan siakap Bakar

Setengah ekor ikan siakap
sedikit Garam
sedikit Gula
sedikit Rempah kari
sedikit minyak bijan

Perapkan ikan dengan garam, gula dan rempah kari, biarkan selama 1/2 jam
kemudian mulalah memanggang...kalau tak ada pemangang, gorengkan pon boleh (*tips sihat, kalau nak goreng, pastikan minyak yang digunakan tu adalah minyak sawit, isi minyak agak-agak menyelaputi ikan,biarkan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan. selepas ikan betul-betul masak baru angkatkan, jangan lupa alaskan dengan kitchen tissue untuk penyerapan minyak yang max. Minyak yang kurang panas akan menyebabkan minyak terserap dalam ikan lebih banyak.
*Prefer gunakan minyak sawit untuk deep fry, elakkan menggunakan minyak jagung atau sayur kerana kandungan minyak ini tidak stabil untuk suhu yang tinggi...
*nak lebih sihat, boleh gunakan air fryer( insyaAllah tengah nak simpan duit beli air fryer...)

Sambal ikan bakar

2 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 lengkuas
1/2 kunyit hidup
3 batang serai
5 sudu besar cili kering yang diblender
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula

Blenderkan semua bahan, panaskan kuali, masukkan minyak sedikit
Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang telah diblander, masukkan Garam, Gula dan air asam
Biarkan dengan api yang kecil, goreng sehingga garing dan keluar minyak...
kemudian curahkan sambal pada ikan, baki sambal boleh simpan di dalam fridge, lagi lama disimpan, lagi sedap...

Kueh Buah Melaka

250gram tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
air
Gula Melaka yang telah dipotong-potong, kalau boleh jangan hancurkan sangat
Perisa pandan( kalau ikut mak, mak suruh blander daun pandan, kemudian tapis untuk dapatkan patinyer...almaklumkan anak mak ini malas sangat, jadi saya pakai perisa pandan jenama nona..sama jer bau dier mak...)
Pewarna hijau, merah, kuning
1/2 biji kelapa parut, diambil yang putih sahaja
Garam sedikit

1) Gaulkan Tepung pulut dan tepung gandum
2)masukkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan boleh digentil kan
3)masukkan perisa pandan
4)Kemudian saya bahagikan adunan ikut berapa jenis colout yang ada..macam saya, saya bahagikan kepada 3 adunan sebab nak buat warna trafic light..hehe)
5)bentukkan adunan dalam bentuk leper, kemudian masukkan gula melaka ditengah-tengah, kemudian bulatkan adunan menutupi gula melaka tadi
6) Didalam bekas yang lain gaulkan kelapa parut dan garam
7)Panaskan air dalam periuk, apabila air sudah menggelegak, masukkan buat melaka tadi. * Buah apa yang bila masak akan naik atas?..ye betul buah melaka..jadi bila buah melaka dah timbul, pakai tapis kecik angkat buah melaka tadi dan masukkan kedalam kelapa yang telah disediakan
8)Gaulkan dan sedia dihidang...

Bila teringat buah melaka ni, mesti teringat dekat manjung..dulu masa kecik-kecik, mak selalu buat buah melaka..infact first kueh yang belajar dari mak adalah buah melaka...Kalau dulu, mak buat, kami adik beradik akan dikerah buatkan bulat-bulat, al-maklumlah anak perempuan ramai, sekarang kena buat sorang-sorang...


Alhamdulillah 2nd iftar di rumah. Syukur Alhamdulillah, semoga diberi kekuatan untuk memasak untuk keluarga lagi...

Buah Melaka ala-ala traffic light



Selamat berbuka Puasa!





Wednesday, July 10, 2013

1st Ramadhan 1434

Salam Ramadhan buat semua...

Alhamdulillah sekali lagi kita diberikan peluang untuk bertemu Ramadhan, bulan penuh pengampunan...
Ini bermakna Ramadhan ini Ramadhan kali ketiga kami berpuasa tanpa adik tersayang, Siti Noraini Binti Mokhtar...Al-fatihah untuk adik tersayang...betapa Kami semua sangat-sangat merinduinya...

Untuk Ramadhan kali ini, saya bernekad untuk meneruskan cabaran 30 hari tanpa Bazaar Ramadhan. Sejak Encik Suami punya blood pressure in higher limit dan hypercholesterolaemia, so masakan dari rumah mungkin makanan yang terbaik... InsyaAllah...

Untuk Iftar hari pertama, since saya purposely ambil cuti (sebab nak menghabiskan cuti yang banyak tu). Menu untuk iftar hari pertama adalah, Roti jala dan low fat kari ayam, dessert- black forest cake, air- Ribena Laici dan buah- tembikai merah.

Rasa macam tak sedap hati pulak tak ada nasi, sebab my husband mesti nak nasi, so just add sayur goreng ala chinase simple style dan sambal belacan untuk dimakan bersama kari nanti.(my husband always said, curry without sambal belacan would never complete..layan kan jelah...hehe)

Resepi Roti Jala ni dari my mom. Mula-mula google jugak resepi untuk roti jala dan kebanyakkannya menggunakan telur dan susu, since i'm not prefer to put an egg dalam roti jala, so there's goes the recipe:

2 Cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Kastard
Air (Agak-agak, kalau cair tambahkan tepung gandum)

cara-cara:
Campurkan keseluruhan bahan, kemudian masukkan ke dalam blender, blenderkan sampai halus..
Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian,  warna kuning dan hijau(ikut masing-masing punya gaya)
Isikan adunan dalam acuan tepung jala(saya gunakan botol mayo dari daiso- gaya diambil dari blog kak azlita masam manis.)
Panaskan non-stick pan, sapukan sedikit minyak, 
Jalakan adunan di atas pan...corak masing-masing...
Bila tengok adunan agak kering angkatkan (tak perlu terbalikkan)
kemudian gulungkan ikut cara masing-masing.


Bagi resepi Kari Ayam pula, resepi ni mak bagi jugak, tapi main agak-agak dan ikut bahan yang ada dirumah sahaja

Setengah ekor ayam dibuang kulit..(saya potong kecik, senang nak makan dengan roti jala)
1 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia (kalau banyak sangat nanti pahit)
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
1/2 cup low fat cocunut milk 
air asam jawa
asam keping 
3 biji kentang
1 paket rempah kari ayam dan daging
3 sudu cili kering (yang diblender)
Garam dan Gula

1) panaskan minyak
2) masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
3) masukkan bawang besar + bawang putih + halia
4)sementara menunggu bawang layu, satukan rempah kari + cili tambah sedikit air untu gaulkan
5)masukkan rempah kari ke dalam periuk, gorengkan sehingga garing
6) Masukkan ayam + kentang + air asam
7) masukkan santan + garam dan gula + asam keping
8) masak sehingga ayam dan kentang empuk


Untuk dessert...  kek ala-ala black forest, kebetulan tengok ader chocolate cake kat peti ais yang tak terusik dah, ader whipping cream dan cherry dalam tin, so combine jelah barang-barang nih...(mood malas nak ke kedai) 

Cara-caranya
1)pukul non-UHT whip cream sampai kembang
2)potong cake kecil-kecik
3)kemudian susun, cake dalam cawan, lapis dengan cherry, kemudian tutup dengan whip cream, ulang proses yang sama sampai penuh cawan..

Akhirnya habis juga puasa yang pertama...Alhamdulillah...
Apa pon juadah berbuka, i always remind myself, more vege, more fruit dan more water...insyaAllah....