27 julai bersamaan 7 Ramadhan, pagi-pagi aku bangun seperti
biasa, bersiap2, iron baju (Almakumlah harini ader sessi photografi hari raya
IPK, kenalah melawa-lawa), perutku dah start rasa tak sedap..macam contraction,
tapi taklah ketara sangat, so aku pon bergerak meredah jam di ibukota(ewah ayat
biasa didengari), biasalah hari Jumaat, jalan mesti extra jammed..berjaya aku
sampai ke office sebelum pukul 8 pagi.
Sepanjang perjalanan perutku dah start mengeras lebih dari
biasa, sampai office aku check tak der pulak tanda apa-apa, so aku pon mulakan
pekerjaanku seperti biasa (melunaskan hutang-hutang yang ada..hutang keje
yerk…) pukul 8.30 pagi, kami pon turun ke foyer untuk bergambar raya, dalam
perjalanan ke foyer aku dah cakap kat Rizky, officemateku, aku dah rasa tak
sedap kalau tiba-tiba teruk sangat aku mintak jasa baiknya untuk menghantarku
ke HKL.
Selepas sessi fotografi, kami pon ke dewan delima ader talk
tentang “salam ramadhan”->tak ingat tajuknya, tapi sangat menarik isi kandungannya.
Sepanjang talk tu, contraction makin ketara dan semakin sakit..ingatkan braxton
hicks jer, tapi kekerapan makin bertambah, aku rasa better aku undur diri dulu
sebelum terberanak lak kat IPK..jenuh tuh..
Selepas settlekan beberapa perkara(cam confident jer akan
beranak), aku pon mengundurkan diri untuk ke Hospital, rasanya sakit tu boleh
tahan lagi, aku pon drive balik rumah, untuk mengambil beberapa barang, encik
husband pon aku suruh balik jugak. Sampai di rumah sakit makin ketara, terus
kami ke Hospital Putrajaya(cuba nasib manatahu boleh bersalin disana).
Sampai di Hospital Putrajaya, contraction 3:10:25
sec(maksudnya dalam 10 minit 3 contraction dan setiap contraction lebih kurang
25 sec)àpatutlah
aku tak tahan kuat rupanya contraction aku kuat kali ini, os dah buka 2cm, tapi
disebabkan Hospital putrajaya tak mempunyai bed, diorg nak transfer aku ke HKL
or Hospital Kajang..mak ai jauhnya, so aku decide AOR(at own risk) discharge,
aku terus ke Hospital Serdang(aku fikir tak per os masih 2cm sempat lagi kot
sampai Hospital Serdang.)
Sampai Hospital Serdang…tunggu punya tunggu, sakit punya
sakit, akhirnya dekat sejam barulah aku diperiksa, os dah 3cm, advice to admit
and review progress 4 hours later. Review 4 hours, os still 3cm, tapi
contractionnya memang tak ingat..akhirnya sepanjang malam aku tahan kesakitan
sendiri(tak der pon orang offer neubain ker..ewah demand lak), pukul 3 pagi,
sakit makin kuat, JM pon recheck balik VE(vaginal examination), dier kata os
aku dah 4cm, readylah untuk ke labour room kalau labour room kosong, aku pon
tunggu punya tunggu, sampai ke pagi, sedar2 aku dah terlelap mungkin sebab dah
kepenatan…
Pagi 28 Julai, aku rasa sakit semakin berkurangan, tak
sekerap semalam, so Dr nasihatkan untuk tengok progress sehari lagi, mak dan
abah dari Perak dah sampai untuk tolong tengokkan si kecik Naufal tu, takut
dier meragam pulak. Sepanjang hari aku di wad tapi tak rasa apa2 progress lagi.
29 Julai, mula-mula ingat nak minta discharge sebab dr buat
sekali lagi VE pukul 6 pagi, os masih 3-4cm, tapi cervix masih thick lagi. Aku
pon dah mula bosan duduk di hospital. Bermula pukul 9 pagi aku start mengalami
contraction kembali. Dr advice aku untuk
stay lagi 1 hari untuk tgk progress since contraction aku dah start balik.
Contraction makin ketara, aku mula tak tahan, sampai lunch dan dinner pon tak
lalu nak makan. Petang tu MO oncall buat S&S (sweep and stretch) untuk
membantuku. Lepas S&S sakit makin kuat, Allah sahaja yang maha mengetahui.
Dari 10 malam aku rasakan contraction makin kerap, sampai
pukul 11.30 aku tak mampu bertahan, aku minta seorang jururawat untuk memeriksa
aku. Dier kata “Dr, os baru 3cm, posterior sangat lagi nih, belum lagi. Dr
baliklah ke katil dulu”. Mak ai kecewanya, dahlah sakit makin kuat. Nak
berjalan dari bilik procedur ke katil tu…Allah sahaja yang
tahu…sakit…sakit..sakit…
Sampai ke katil aku rasa nak ke tandas, bila ke tandas, aku
rasa sakit teramat sampai nak bangun pon tak mampu. Kebetulan seorang JM datang
untuk membuat CTG(cardiotopography) kepadaku. Bila dier tgk keadaanku (yang aku
rasa tak serupa dek orang tuh) terus dier panggilkan houseman untuk
memeriksaku. Masa HO tu nak periksa, datanglah nurse yg periksa aku tadi sampai
berkata “ala Dr saya baru check tadi, os baru 3cm, lambat lagi nih”, skali HO
tu kata, “kak hantar ke Labour room sekarang, os dah 8cm!” Ha kalut mencari
troli nak hantar aku ke labour room.
Sampai ke labour room, os aku dah almost fully, ARM(Arficial
rupture of membrane) dilakukan, liquor
clear, tros diorg suruh aku push, fuh macam menang loterilah(ingat lagi kata
staff nurse rafidah kat Banting dulu).
Tapi masa push, mak aih susahnya nak kuar..aku rasa baby kecik je, tapi
head tak descend. Naper nih..risau aku. Alhamdulillah dengan bantuan JM kat
Labour room aku berjaya push jugak baby keluar pada pukul 12.36 pagi, 30 Julai
2012 dengan berat lahir 2.39kg. Patutlah susah nak keluar baby OP rupanya(Occiput Posterioràmaknanya kepala anak
mendongak ke atas, menyebabkan diameter dier besar). Fuhh lega, dekat 20 minit
jugak nak meneran tuh…
Maka menangislah si putera rajaku melihat dunia baru, rasa
macam betul2 tak percaya, Alhamdulillah. Suamiku tiba sejurus baby keuar(apa
boleh buat aku bagitahu pon last minute, baby decide nak keluar pagi2 buta
pulak, sian abah terkeja2 ke Hospital pagi2)
Pengalaman kali kedua ternyata sangat berbeza ngan kali
pertama, 3 hari di wad, 3 hari merasai kesakitan dan kepayahan untuk pushing,
semuanya berbeza, yang sama adalah perasaan yang tak dapat diungkap apabila
melihat wajah puteraku Amsyar Nazeef b. Ahmad Syamim Afham disisiku.
Alhamdulillah Allah kau berikan keindahan yang tak ternilai dan tak terbayar
dengan segalanya! Amsyar Nazeef…
Gambar raya 2012 IPK(muka tengah tahan contraction...credit to Faizal IPK) |
Amsyar Nazeef little prince, 3 hours of life...Welcome to new world sayang |
lepas mandi di Hospital..lena tido sebab tak tido semalaman |
Welcome to Rumah Tok Abah |
Day 3 admitted for Neonatal Jaundice, D4 discharge, Day 8 readmit, kesian anak ibu, habis lebam tangan |
Discharge |
Brotherhood..my charming little boys(boys over flower..ewah..) |
No comments:
Post a Comment