Setelah mengambil masa yang lama barulah sempat nak update
part II ni. Part I kita dah cerita tentang bila dan bagaimana ingin memulakan
makanan pejal kepada anak-anak…langkah terakhir parent kena sentiasa ingat
adalah DON’T GIVE UP!
Varietykan makanan anak-anak anda, bagi mereka merasa setiap
jenis makanan(tapi perlu diperhatikan sekiranya timbul gelaja allergy selepas
anda memberi sesuatu jenis makanan yang baru. Pada ketika ini, ibu-ibu akan
rasa diri mereka chef, mereka makanan untuk si kecil anda.
Pada permulaan saya mengenalkan “food puree”. Food Puree
bermaksud makanan-makanan yang dilenyekkan terutama sayur-sayuran dan
buah-buahan. Buah yang terbaik yg hypoallergy(kurang allergy) adalah avocado,
dan buah avocado ni kaya dengan lemak yang baik untuk baby anda. Untuk maklumat
tentang buah ni http://wholesomebabyfood.momtastic.com/avocadobabyfoodrecipes.html
Recepi 1:
·
1 Biji Buah Avocado
·
Sedikit air
Buah avocado ni dibuang biji, dah isinya dimasukkan ke dalam
mangkuk
Lenyekan isi buah avocado dengan garpu (kalau nak texture
lebih lembut bolehlah blendkan isi tersebut)
Tambahkan sedikit air
Sekiranya baby anda suker dengan buah avocado ini, anda
boleh varietykan dengan buah-buahan lain contohnya apple, carrot, brokoli…
Next step bile baby anda nampak makin bersedia untuk
menerima makanan pejal, mulakan dengan bubur. Naufal bermula dengan bubur
sayur-sayuran,
Resepi 2: Bubur nasi
·
1 genggam beras (untuk dapatkan bubur yang
halus, anda boleh cuba campurkan sedikit air panas dan rendamkan beras tersebut
5-10 minit)
·
¼ biji kentang
·
¼ batang carrot
·
2 sudu butter/olive oil
Campurkan kesemua bahan didalam rice cooker, dah biarkan
dier masak sendiri (ni kaedah ibu yang malas untuk menunggu), setelah bubur
masak, blendkan bubur tersebut sebelum diberi kepada baby anda.
Mengapa perlu menambah butter/minyak didalam bubur anak
anda?
Terutama baby yang kurang berat, bayi yang berumur 6 bulan,
kandungan lemak didalam susu tidak mampu menganggung keperluan lemak didalam
badan mereka, dengan menambah lemak akan membantu didalam meningkatkan berat
badan anak anda.
Apabila nampak tiada tanda-tanda allergy, tambahkan ayam,
ikan, cheese didalam bubur. Pelbagaikan sayur-sayuran didalam bubur, seperti
tambah bayam,brokoli dan kadang2 saya le takkan cebisan epal atau oren didalam
bubur untuk pelbagaikan rasa. Ibu-ibu
rajin-rajinlah berexperimental dengan makanan anak anda, dan anda akan rasa
motherhood itu sangat menyeronokkan!
Apabila naufal makin membesar, dah ada gigi, nampak sudah
pandai mengunyah, kurangkan kehalusan bubur anda, sampai satu masa anda rasa x
perlu untuk memblendkan lagi bubur itu!
Teruskan kepelbagaian makanan anak anda, berikan oat,
spagetti, makaroni, roti dan sebagainya untuk anak anda…perhatikan makanan apa
yang menjadi kegemaran mereka. Yang paling utama, jangan give up untuk beri
makanan berkhasiat pada mereka, jangan malas ke dapur untuk menyediakan sendiri
makanan mereka.
No comments:
Post a Comment