Disebabkan strong family history, anakku si Naufal pon
terkena jugak febrile fit ni. Bagi parent yang tak pernah perkataan febrile
fit, mungkin anda pernah terdengar perkataan “tarik” atau “ sawan demam panas”. Penyakit ini adalah penyakit
yang common dikalangan kanak-kanak, dan boleh terjadi dari usia 3 bulan
sehingga 6 tahun.
Term febrile =
fever/demam
fit= sawan.
Febrile fit terbahagi kepada 2 jenis, iaitu simple febrile
fit dan complex febrile fit. Ada beberapa ciri fit itu sendiri yang
mengkategorikan fit itu simple atau complex, tetapi kebanyakkan kanak-kanak
mengalami simple febril fit.
Ciri-Ciri Simple febrile fit:
1.
Fit itu berlaku <15 minit
2.
Fit itu Generalised, maksudnya sawan itu
melibatkan keseluruhan badan, bukan berlaku sebelah bahagian badan sahaja
3.
Berlaku hanya sekali untuk 1 episode demam panas
*semestinya semasa fit berlaku anak tengah demam, sekira
lain dari ciri-ciri simple maka dia terjatuh dalam kategori complex(complex
sikit nak cakap)
Pengalaman pertama aku sebagai ibu menghadapi anak sendiri
hampir fit, memang menakutkan. Dulu masa bekerja di wad kanak-kanak, aku pelik
nape bile ader admission simple febrile fit, si ibu boleh nangis2 (Dalam hati
kata, ala simple febrile fit jer), skali berlaku kat diri sendiri, ha baru
tahu…put myself into patient shoes!
Masa tu abah Naufal outstation, Naufal pulak kena community
acquired pneumonia(CAP), tapi hanya on oral antibiotic je, so malam tu, sebelum
tido, dah bagi ubat Sirup paracetamol dan ubat antibiotic dier, so biler nak tido
tu tak demam(malah aktif lagi belasah ibu).
Dalam pukul 2 pagi, aku rasa badan dier macam shaking, dalam
hati eh naper nih sejuk ker(sebab memang kalau Naufal demam aku tak pakaikan
dier baju). Biler rasa badan dier panasnyer, memang tak sempat ambik thermometer,
terus gerakkan Naufal, Alhamdulillah, dier menangis(tandanya belum sawan lagi,
kalau kanak-kanak sawan selalunya dier tak responsive dan selalunya tak
menangis). Cepat-cepat aku sambar Supp Voren yang ader disebelahku, bagi terus
per-rectal (melalui buntut), ambik air terus lap2 badan dier. Sepanjang proses
tu, Naufal nangis jer, mungkin terkejut dan tidak selesa. Alhamdulillah, pukul
4 pagi, baru Naufal boleh tido balik selepas demam dier kebah.
Pas Naufal tido, barulah aku nangis-nangis takut(waaa malu
ooo). Yelah Abah tak der, kalau aper-aper2 jadi saper pulak nak bawak gi
Hospital pagi2 buta nih..masa tuh x boleh piker dah nak minta tolong
saper..moral of the story..Doktor pon takut jugak, especially kalau melibatkan
keluarga sendiri, dan barulah aku faham sekarang kenapa parent yang anak simple
febrile fit boleh nangis(sebab aku pon sama, kalaulah staff nurse aku dengar
mesti diorg bantai gelak kat aku…)
So parent semua, kalau keluarga ada sejarah “tarik” atau
“sawan demam panas”, be extra careful bila anak demam.
Bila anak demam apa
yang perlu dilakukan?
1.
Pakaikan dengan pakaian lightwear(baju lubang2
ker, kalau aku selalunya Naufal pakai pampers jer) *Jangan selimutkan anak atau
pakaikan dengan sweater, sebab ini akan memerangkap haba, badan anak akan jadi
semakin panas
2.
Bagi ubat demam mengikut masa yang ditetapkan
a.
Kalau ubat sirup paracetamol boleh diberi setiap
6 jam(bergantung pada dos yang diberikan oleh doctor)
b.
Kalau doctor bagi ubat sirup neurofen, boleh
diberi setiap 8 jam
3.
Stanby ubat Suppository Paracetamol/voren, boleh
minta dengan doctor anda, in case kalau demam anak naik mendadak
4.
Mesti ada thermometer di rumah untuk check suhu
anak, jangan main rasa2 jer tau
5.
Kerap basahkan badan dier, caranya basahkan
tuala dengan air paip biasa(jangan guna ais), sapu pada kepala, ketiak dan
badan dier. Biarkan air itu kering sendiri, jangan tinggalkan tuala di kepala
anak anda, sebab ia boleh memerangkap haba.
6.
Bawalah anak anda ke klinik sekiranya dier
demam, mana tahu perlu antibiotic
Apa perlu buat
sekiranya anak anda sawan?
1.
Mengiringkan dier ke sebelah badan supaya air
liur dier boleh keluar
2.
Basahkan badannya seperti yang diajar
3.
Bagi ubat ikut buntut(samada supp Paracetamol
atau supp voren)
4.
JANGAN masukkan aper2 benda ke dalam mulut anak
and, ex: jari anda atau sudu
5.
Perhatikan ciri2 sawan tersebut, adakah ia
melibatkan sebelah badan, atau keseleruhan badan?ada tanda2 yang special?
6.
Selalunya sawan demam panas ni akan berhenti
sendiri, sekira masih berterusan sehingga 10 minit bawa ke hospital berdekatan
Apa yang ditakuti
tentang sawan demam panas?
Untuk kali pertama sekiranya terjadi pada anak anda, bawa ke
hospital, kadang-kadang sawan demam panas boleh disalah diagnose dengan
jangkitan kuman diselaput otak yang dikenali sebagai meningitis. Selalunya,
kanak-kanak yang menghidap meningitis die akan irritable, menangis tak
berhenti2 dan selepas sawan, sukar untuk dier kembali ke keadaan asal, kanak2
tersebut akan drowsy dan letih dan sawan mungkin boleh berlaku berulang2. Jadi
bawa anak anda ke hospital secepat mungkin.
Adakah anak saya
boleh mengalami sawan/epilepsy sekiranya dier pernah mengalami febrile fit?
Sekiranya ada sejarah keluarga yang mempunyai sawan(bukan
sawan demam panas)/epilepsy, atau kanak-kanak tersebut mengalami lambat
perkembangan atau sawan untuk masa yang lama, mungkin kanak-kanak tersebut
boleh menghidapi sawan sehingga dewasa.
Apakah kebarangkalian
untuk sawan demam panas berlaku kembali?
Bergantung kepada faktor-faktor risiko pesakit,
Faktor2 yang menyumbang kepada risiko febrile fit adalah,
1.
Sejarah keluarga
2.
Sawan semasa demam <40°c
3.
Jarak antara demam dan sawan <1 jam
Sekiranya tiada factor <15% risiko untuk berulang
Sekiranya >2 faktor, >30% risiko untuk berulang
Sekiranya >3 faktor >60% risiko untuk berulang
Rasanya cukuplah sampai disini perkongsian ilmu dan
pengalaman ibu Naufal tentang Febrile FIt