Thursday, August 9, 2012

Our second Prince!


27 julai bersamaan 7 Ramadhan, pagi-pagi aku bangun seperti biasa, bersiap2, iron baju (Almakumlah harini ader sessi photografi hari raya IPK, kenalah melawa-lawa), perutku dah start rasa tak sedap..macam contraction, tapi taklah ketara sangat, so aku pon bergerak meredah jam di ibukota(ewah ayat biasa didengari), biasalah hari Jumaat, jalan mesti extra jammed..berjaya aku sampai ke office sebelum pukul 8 pagi.

Sepanjang perjalanan perutku dah start mengeras lebih dari biasa, sampai office aku check tak der pulak tanda apa-apa, so aku pon mulakan pekerjaanku seperti biasa (melunaskan hutang-hutang yang ada..hutang keje yerk…) pukul 8.30 pagi, kami pon turun ke foyer untuk bergambar raya, dalam perjalanan ke foyer aku dah cakap kat Rizky, officemateku, aku dah rasa tak sedap kalau tiba-tiba teruk sangat aku mintak jasa baiknya untuk menghantarku ke HKL.

Selepas sessi fotografi, kami pon ke dewan delima ader talk tentang “salam ramadhan”->tak ingat tajuknya, tapi sangat menarik isi kandungannya. Sepanjang talk tu, contraction makin ketara dan semakin sakit..ingatkan braxton hicks jer, tapi kekerapan makin bertambah, aku rasa better aku undur diri dulu sebelum terberanak lak kat IPK..jenuh tuh..

Selepas settlekan beberapa perkara(cam confident jer akan beranak), aku pon mengundurkan diri untuk ke Hospital, rasanya sakit tu boleh tahan lagi, aku pon drive balik rumah, untuk mengambil beberapa barang, encik husband pon aku suruh balik jugak. Sampai di rumah sakit makin ketara, terus kami ke Hospital Putrajaya(cuba nasib manatahu boleh bersalin disana).

Sampai di Hospital Putrajaya, contraction 3:10:25 sec(maksudnya dalam 10 minit 3 contraction dan setiap contraction lebih kurang 25 sec)àpatutlah aku tak tahan kuat rupanya contraction aku kuat kali ini, os dah buka 2cm, tapi disebabkan Hospital putrajaya tak mempunyai bed, diorg nak transfer aku ke HKL or Hospital Kajang..mak ai jauhnya, so aku decide AOR(at own risk) discharge, aku terus ke Hospital Serdang(aku fikir tak per os masih 2cm sempat lagi kot sampai Hospital Serdang.)

Sampai Hospital Serdang…tunggu punya tunggu, sakit punya sakit, akhirnya dekat sejam barulah aku diperiksa, os dah 3cm, advice to admit and review progress 4 hours later. Review 4 hours, os still 3cm, tapi contractionnya memang tak ingat..akhirnya sepanjang malam aku tahan kesakitan sendiri(tak der pon orang offer neubain ker..ewah demand lak), pukul 3 pagi, sakit makin kuat, JM pon recheck balik VE(vaginal examination), dier kata os aku dah 4cm, readylah untuk ke labour room kalau labour room kosong, aku pon tunggu punya tunggu, sampai ke pagi, sedar2 aku dah terlelap mungkin sebab dah kepenatan…

Pagi 28 Julai, aku rasa sakit semakin berkurangan, tak sekerap semalam, so Dr nasihatkan untuk tengok progress sehari lagi, mak dan abah dari Perak dah sampai untuk tolong tengokkan si kecik Naufal tu, takut dier meragam pulak. Sepanjang hari aku di wad tapi tak rasa apa2 progress lagi.
29 Julai, mula-mula ingat nak minta discharge sebab dr buat sekali lagi VE pukul 6 pagi, os masih 3-4cm, tapi cervix masih thick lagi. Aku pon dah mula bosan duduk di hospital. Bermula pukul 9 pagi aku start mengalami contraction kembali.  Dr advice aku untuk stay lagi 1 hari untuk tgk progress since contraction aku dah start balik. Contraction makin ketara, aku mula tak tahan, sampai lunch dan dinner pon tak lalu nak makan. Petang tu MO oncall buat S&S (sweep and stretch) untuk membantuku. Lepas S&S sakit makin kuat, Allah sahaja yang maha mengetahui.

Dari 10 malam aku rasakan contraction makin kerap, sampai pukul 11.30 aku tak mampu bertahan, aku minta seorang jururawat untuk memeriksa aku. Dier kata “Dr, os baru 3cm, posterior sangat lagi nih, belum lagi. Dr baliklah ke katil dulu”. Mak ai kecewanya, dahlah sakit makin kuat. Nak berjalan dari bilik procedur ke katil tu…Allah sahaja yang tahu…sakit…sakit..sakit…

Sampai ke katil aku rasa nak ke tandas, bila ke tandas, aku rasa sakit teramat sampai nak bangun pon tak mampu. Kebetulan seorang JM datang untuk membuat CTG(cardiotopography) kepadaku. Bila dier tgk keadaanku (yang aku rasa tak serupa dek orang tuh) terus dier panggilkan houseman untuk memeriksaku. Masa HO tu nak periksa, datanglah nurse yg periksa aku tadi sampai berkata “ala Dr saya baru check tadi, os baru 3cm, lambat lagi nih”, skali HO tu kata, “kak hantar ke Labour room sekarang, os dah 8cm!” Ha kalut mencari troli nak hantar aku ke labour room.

Sampai ke labour room, os aku dah almost fully, ARM(Arficial rupture of membrane)  dilakukan, liquor clear, tros diorg suruh aku push, fuh macam menang loterilah(ingat lagi kata staff nurse rafidah kat Banting dulu).  Tapi masa push, mak aih susahnya nak kuar..aku rasa baby kecik je, tapi head tak descend. Naper nih..risau aku. Alhamdulillah dengan bantuan JM kat Labour room aku berjaya push jugak baby keluar pada pukul 12.36 pagi, 30 Julai 2012 dengan berat lahir 2.39kg. Patutlah susah nak keluar baby OP rupanya(Occiput Posterioràmaknanya kepala anak mendongak ke atas, menyebabkan diameter dier besar). Fuhh lega, dekat 20 minit jugak nak meneran tuh…

Maka menangislah si putera rajaku melihat dunia baru, rasa macam betul2 tak percaya, Alhamdulillah. Suamiku tiba sejurus baby keuar(apa boleh buat aku bagitahu pon last minute, baby decide nak keluar pagi2 buta pulak, sian abah terkeja2 ke Hospital pagi2)

Pengalaman kali kedua ternyata sangat berbeza ngan kali pertama, 3 hari di wad, 3 hari merasai kesakitan dan kepayahan untuk pushing, semuanya berbeza, yang sama adalah perasaan yang tak dapat diungkap apabila melihat wajah puteraku Amsyar Nazeef b. Ahmad Syamim Afham disisiku. Alhamdulillah Allah kau berikan keindahan yang tak ternilai dan tak terbayar dengan segalanya! Amsyar Nazeef…
Gambar raya 2012 IPK(muka tengah tahan contraction...credit to Faizal IPK)
Amsyar Nazeef little prince, 3 hours of life...Welcome to new world sayang

lepas mandi di Hospital..lena tido sebab tak tido semalaman

Welcome to Rumah Tok Abah

Day 3 admitted for Neonatal Jaundice, D4 discharge, Day 8 readmit, kesian anak ibu, habis lebam tangan

Discharge

Brotherhood..my charming little boys(boys over flower..ewah..)