Sunday, October 30, 2011

Naufal 1st Birthday

Akhirnya, dah setahun anak ibu..sekarang ni Naufal dah ada percubaan unuk berdiri dan menapak 2-3 langkah...bilalh nak start jalan nih..
Bersemperna birthday Naufal yang pertama, ibu decide untuk mengadakan jamuan kecil-kecilan dirumah..maktok, semua aunties dan uncle telah dikerah untuk membantu...

Tema : Barney and Friend
Tarikh 29 Oktober 2011(5 hari dari tarikh birthday Naufal yang sebenar)
Tempat : Rumahku Syurgaku..Cewah
Menu : Laksa Penang (memenuhi request dari ibu abang wey), Meehon Singapore, Banana and walnut cupcakes, Berries Cheese Tart, and Birthday Cake

Di pagi hari...Naufal duduk termenung mengenangkan pertambahan usia

Orang sibuk mengemas dier buat photoshoot ngan Uncle
Birthday Cake specially to you!



Lagi gambar Cake
The Cupcake(homemade by ibu..)
the berries cheese tart (done by aunties)
Goodies bag...
Birthday Boy
Jiran dan rakan-rakan yang hadir
Sessi Temu ramah

Naufal dan Hadif
naufal with Aunty Sue dan Uncle Bapak
 
Finally at the end of the day baru dapat bergambar bersama Birthday Boy

Happy Birthday Naufal sayang, semoga Naufal menjadi anak yang soleh dan berguna kepada keluarga, agama dan negara...

Saturday, October 15, 2011

Food..food..food Part 1

Kali ni kita bercerita sket tentang makanan..tapi tentang baby's food...
Setiap kali di klinik mesti ada referral dari klinik kesihatan untuk baby kurang berat, dan majoriti parent yang membawa anak ke klinik mempunyai masalah tentang pemakanan anak mereka...dan faktor yang besar membantutkan perkembangan bayi adalah pemakanan...

mengawal tabiat pemakanan bayi ini secara basicnya MUDAH, tapi mesti kena cara..

Rules no 1 : susu ibu mestilah diteruskan sehingga 6 bulan (seperti yang semua sedia maklum)
Rules no 2 : Apabila bayi sudah mencapai 6 bulan, start memperkenalkan makanan pejal..jangan terlalu awal atau terlalu lewat memperkenalkan makanan(ini starting point masalah...)
Rules no 3 : start perkenalkan makanan yang less allergy
Rules no 4 :DON'T GIVE UP

senang jer kan...masalah utama kaum ibu bapa hari ini adalah rules no 2...bayi diperkenalkan makanan terlalu awal atau terlalu lewat...faktor ini yang memain peranan kerana bayi yang terlalu lewat diperkenalkan makan pejal aku menyebabkan rejection yang susah diatasi..ini menyebabkan bayi akan bergantung sepenuhnya kepada susu, dan kita semua sedia maklum apabila bayi berusia 6 bulan ke atas susu sudah tak mampu menampung keperluan khasiat harian..jadi dari usia ini kanak-kanak akan mula kurang mendapat khasiat, kurang mendapat zat dan kurang berat badan..lebih kronik kanak-kanak di usia ini mudah mendapat anaemia kerana kekurangan zat besi...
Terdapat ibu bapa yang risau bagaimana mahu memulakan makanan pejal..mulakan makanan yang less allergy...apa maksudnya?..makanan terutama sayuran merupakan makanan less allergy, dan setiap makanan yang diperkenalkan mesti satu-satu dan setiap satu cuba bagi dalam masa 2-3 hari...jadi kita boleh kesan makanan mana yang boleh menyebabkan allergy kepada bayi anda..seperti saya...saya mulakan makanan pejal naufal yang pertama dengan cerelac stage 1 ( start yang warna biru)...baby yang extra allergy boleh mula dengan yang tin hijau...mula-mula pergi ke manjaku..start survey banyak sangat makanan baby so tak boleh decide semua nampak sama stage 1...so nak mula yang mana...kebetulan datang company nestle ke ward untuk hantar invitation dinner talk..so tanyerlah aper perbezaan warn-warna tin ni..
hijau - beras biasa tidak mengandungi susu -jadi sesuai untuk baby yang ader masalah allergy, so cara penyediaan dia bolehlah ditambah dengan susu EBM, atau air biasa...


biru- beras biasa juga tetapi ader kandungan susu(sebab tu dier ader probiotic sebab ader susu)


merah - ni daripada beras merah...untuk nutrion wise tak der beza sangat dengan beras putih tapi yang ini untuk variety food..so selalunya kita try yg biru/hijau dulu kemudian baru yang merah(sebab dikhuatiri allergy)...

jadi berapa kerap dan berapa banyak baby perlu makan???
mula2 start dengan jumlah yang sedikit dahulu..masa mula2 introduce kat naufal dier cam reject jadi buat dalam half small baby bowl tu...and try lagi..mula2 sekali sehari..then biler ok naikkan amaun dier dan kekerapan die pada 2 kali sehari...Rules no 4 sangat berguna pada masa nih..DONT'T GIVE UP cuba dan terus mencuba...

bila menjelang umur 6 bulan lebih start nak introduce makanan lain...selepas baby mula menerima makanan pejal jangan berhenti di situ dengan memberi makanan yang sama sahaja...pelbagaikan makanan...cuba makanan yang lain..target kita menjelang umur setahun baby boleh makan makanan keluarga(maksudnya makan bersama kita dengan makanan kita)... masa ini ibu naufal start berkerah bangun awal untuk masak bubur..saperti biasa mulakan dengan makanan yang hypoallergy..mula dengan nasi+ikan bilis+kentang/carrot/brocoli...teringat kata kawan baikku cheah (aisah biarkan dier rasa manisnyer carrot dan kentang, lemaknya brocoli) jadi jangan tambah garam pada makanannya...selepas seminggu lebih next step perkenalkan ayam dan ikan pula then bayam then so on...

menjadi ibu membawa kita ke alam keseronokkan..sebelum ini sukar untuk ke dapur tapi sekarang hari-hari kena ke dapur sebab nak kena masak makanan untuk anak..makanan kita mungkin boleh tapau jer...tapi makanan anak kena sedia sendiri kerana nutrition yang kita bagi, ditambah dengan kasih sayang didalamnya membuatkan baby membesar sihat dan kuat...

Tuesday, September 6, 2011

Hospital Kerajaan...

Sejak menjawat penjawat awam yang berdedikasi ini, ramai yang bertanya, Hospital kerajaan mana yang elok, service yang baik...sebagai penyokong kuat KKM saya akan berkata semua Hospital sama jer, tak der perbezaan....

Betul ke tiada perbezaan????

Banyak perbezaan, dan perbezaan inilah yang perlu diambil kira sebelum kita berhajat untuk ke Hospital tersebut...
Perbezaan utama adalah Logistik problem...sebab KKM cuba sedaya upaya dekat dengan anda so kita cuba buat hospital berdekatan anda....

TETAPI...Hospital-hospital yang didirikan ini ada beberapa perbezaan, dan perbezaan ini anda harus TAHU dan perlu ambil TAHU...

1) Hospital Berpakar vs Hospital tak berpakar...
Anda mesti tahu dan sedar di Malaysia ini terdapat Hospital-hospital tidak berpakar, dan jangan terkejut sekiranya hanya ada satu doktor sahaja yang bertugas untuk satu masa( jadi bila anda ke Hospital tersebut janganlah malu-malu segan nak bertanya doktor dimana, sebab doktor di Hospital tersebut multitask, kanak-kanak dier,dewasa pon dier tengok, bersalin pun mereka tengok) jangan bila anda memilih untuk ke hospital tersebut, tolonglah jangan meminta seperti 'saya nak jumpa pakar' dan jangan terkejut sekiranya anda terpaksa untuk dipindahkan ke Hospital Berpakar yang berdekatan untuk rawatan lanjut...

2)Hospital Besar Berpakar vs Hospital Daerah Berpakar...
Pon ada perbezaan..walaupon ada pakar tetapi berbeza...di Hospital Daerah berpakar selalunya mempunyai pakar tetapi selaunya yang basic, contohnya Pakar Perbidanan, Pakar Kanak-kanak, Pakar Perubatan, dan slalunya pakar-pakar ini seorang atau 2, dan sekira pakar-pakar seperti orthopedic, atau pembedahan atau mata atau ENT selalunya akan datang seminggu/sebulan sekali dari hospital besar berpakar..jadi anda mungkin boleh datang ke hospital ini dan memohon untuk dirujuk ke pakar-pakar tertentu, tapi jangan terkejut dengan tarikh temujanji yang panjang(yelah kalau pakar melawat sebulan sekali berapa banyak pon pesakit boleh di tengok), sekira kes-kes yang serius atau perlu pemerhatian segera maka anda akan dirujuk terus ke Hospital Besar berpakar...
Perbezaan lain ialah selalunya Hospital daerah berpakar ini tak mempunyai kemudahan seperti CT scan, jadi bila anda datang ke Hospital ini sebab terhantuk kepala janganlah gatal-gatal berkata boleh saya nak CT-scan kepala saya...sekira anda disyak mempunyai pendarahan di kepala anda akan di rujuk ke Hospital besar untuk CT-scan....dan yang paling penting...kebanyakkan Hospital Daerah berpakar tidak mempunyai epidural(untuk bersalin..) jadi kalau tgh2 malam datang tolonglah jangan marah-marah misi atau doktor yang ada untuk mintak epidural...TOLONGlah faham yer...

3) Hospital Besar Berpakar vs Hospital tertiary
Maksud Hospital Tertiary adalah Hospital-Hospital yang mempunyai sub kepakaran contohnya untuk neurosurgery di Hospital Kuala Lumpur, atau melibatkan pembedahan jantung di IJN...jadi bila anda perlu dihantar ke Hospital Tertiary maknanya pakar kepada subkepakaran itu ada disitu...jadi kenalah pergi walaupon kadang-kadang jauh....

4) Hospital Selesa vs Hospital tak selesa...
itu isu yang sebenarnya orang kebanyakkan yang pentingkan berbandingkan perkara no 1-3, yang ada first class, yang ada air cond, yang ada button nak panggil nurse...tapi pentingkah semua itu??basic hospital semua ada, jadi terpulang pada masing...tapi sebelum anda ke sesebuah hospital (contohnya untuk bersalin) survey dahulu hospital tersebut, pergi ke laman web rasmi mereka pastikan mereka ada kemudahan yang anda mahukan...kerana Hospital-hospital daerah yang kecil ini tak mempunyai kemudahan seperti bilik 1st class tak der air cond atau water heater, staff pon limited, jadi buatlah pilihan yang tepat...
TETAPI tak semestinya Hospital yang selesa itu menjaminkan quality yang baik, sekiranya anda dalam keadaan kecemasan Hospital Terbaik adalah Hospital yang berdekatan...

Jadilah rakyat yang bijak, MEMBACA lakukan kajian dahulu sebelum anda membuat sesuatu keputusan, jangan jadi anjing menyalak pada gunung kerana gunung pasti takkan runtuh..tak guna anda bising, membuat complain yang tidak bijak sekiranya anda sendiri tersalah membuat pilihan....KEARAH MASYARAKAT MINDA KELAS PERTAMA...

Stroller oh stroller...

kali ni berkisahkan pasal stroller...Stroller ni tak masuk dalam bajet sebelum kelahiran( ingatkan diri sendiri dalam pantang tak kuar mana-mana, jadi tak perlu risau pasal stroller)...tapi dalam pantang lagi tangan dah gatal men'survey' stroller yang sesuai untuk heroku yang satu nih...Antara syarat-syarat yang telah diletakkan oleh ahli majlis tertinggi(yakni aku dan suamiku), mestilah yang lightweight, mesti ada frontbar(sebab senang kalau tiba-tiba baby tak suker kena strap kat stroller ni), compact especially senang nak masuk kat dalam kete myviku yang comel tuh...tu jer kot kriteria yang MESTI, tapi aku tambah
-tambah sket( ni personal tambahan kriteria)...mestilah cantik dan stylish (cantik mata memandang..hehe)

So 1st choice aku adalah....Quinny zapp & maxi cosi travel system


cons : terlalu mahal --> kena reject dengan encik hu
sband....

then 2nd choice adalah Combi baby stroller urban walker

sangat cute..sangat selesa tapi...too small untuk anakku kot...and macam too comels..mungkin bukan untuk baby boy ibu..

then 3rd choice kami Maclaren techno XLR
tapi macam discussion yang awal mesti ader front bar..so sayang sangat sebab dier lightweight dan umbrella fold...so terpaksa reject

Akhirnya selepas survey banyak-banyak kali sampai termimpi-mimpi...akhirnyer......


here come Peg Perego pliko...ibu senyum sampai ke telinga..rasa puas hati sangat..walaupon bulky sikit tapi ibu sangat-sangat berpuas hati dengan pilihan kali ini...


(first ride,fresh from kedai,reaksi Naufal kali pertama naik stroller di Subang Parade)

Sampai sekarang ibu masih berpuas hati dengan Stroller Naufal, walaupun kadang-kadang Naufal hangin jugak naik stroller(yelah kanak-kanak membesar)...ibu bagi 5 bintang pada Peg Perego!!



Thursday, June 16, 2011

hari pertama ke nursery

Rasa dah lama ketinggalan nak update blog...kali nih aku mengimbas kembali kenangan hari pertama Naufal ke nursery....

setelah hampir 3 bulan Naufal asik berkepit kat aku(tak pernah berpisah dengan ibu pon...) hari ini menjadi hari yg menakutkan bukan untuk Naufal jer, termasuk ibu sekali...bagi ibu-ibu yang sama macam aku, pengalaman kali pertama mengahantar anak ke nursery memang menakutkan, macam-macam bermain di fikiran, anak aku selamat ker disana?diberi susu yang cukup ker?macam maner kalau terjadi kejadian yang tak diingini macam kat dalam akhbar? yang paling penting anakku yang sorang nih suker sangat bercakap,nanti ada ker orang layan dier bercakap?...

Trial hari pertama mengambil masa setengah hari...encik suami dah paham benar dah ngan aku(yelah sepanjang malam dah berlenangan air mata..) dengan bantuan dan semangat dari suami tersayang, Naufal pon menjejakkan kaki ke nursery(menggigil kaki aku nak hantar Naufal, terpaksalah Encik suami temankan)..Naufal aku tengok relex jer..mungkin Naufal masih tak ader stranger anxiety jadi dier tak kesah, biler Naufal bertukar tangan kat pengasuh, aku dah mula buat drama air mata(sedih bebonar)...then my lovely husband yang sangat memahami pon kata, x perlah aku kuarlah jenjalan, sepanjang berpantang aku tak pergi mana-mana so at least boleh mengurangakan kesedihan aku disamping mempercepatan masa berlalu..

So tempat yang terdekat adalah Alamanda...aku tak berani nak pergi jauh-jauh takut kalau pengasuh call Naufal nangis-nangis aku lambat sampai pulak...breakfast di Alamanda..oklah mungkin pagi-pagi tak ramai orang lagi, tapi biler tengok orang bawak stroller tuh boleh meleleh jugak air mata...Akhirnya berakhirlah separuh hari yang panjang itu..biler aku ambik Naufal jer beliau tengah sibuk bersembang bersama budak-budak lain...Alhamdulillah Naufal boleh menyesuaikan diri...

Mungkin bagi sesetengah orang pengalaman menghantar anak pertama ke nursery adalah biasa tak dramatis cam pengalaman aku, tapi bagi aku, pengalaman ini cukup berharga, mematangkan aku sebagai ibu,Alhamdulillah berkat kesabaran suami aku yang tak berhenti-henti memberi sokongan, keluarga yang tak putus-putus telefon bertanya khabar dan Alhamdulillah nursery yang aku hantar mungkin boleh aku katakan rumah kedua terbaik untuk anakku, rumah yang penuh kasih sayang, Naufal ceria bersama kenkawan dier...Ya Allah aku bersyukur sangat aku berjaya menempuh antara hari yang paling sukar dalam hidupku....


Saturday, February 12, 2011

Angah Wedding

5 Februari 2011, kami sekeluarga telah pulang ke Kota Bharu bagi meraikan Wedding Angah. For the first time Naufal naik aeroplane(since ibu tak confident nak travelling dengan Naufal jauh2 ngan car).
Biasalah sebelum itu ibu akan busybody search kat pakcik google cara-cara nak bawak baby naik aeroplane..debar nih takut Naufal meragam pulak...so antara tips yang telah ibu belajar
1) masa nak take off and landing bagi baby minum susu, untuk mengurangkan air pressure(nanti baby akan menangis sbb tak selesa)
2)Boleh bawak stroller until aeroplane, tapi kat bawah jerlah..nnti krew2 penerbangan akan simpan then biler sampai, turun2 tangga..taraaaa stroller dah tunggu di bawah..magic kan?..hehehe
3)bawak softtoys or any his favourite toys to keep him entertained.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan Naufal selesa dan tak meragam langsung...kan baik anak ibu nih..

Sampai di Kota Bharu kami disambut oleh keluarga. Wedding dah dekat banyak persiapan yang perlu dilakukan...
Jom kita balik Kampung!
Naufal bagi thumb up
bye-bye key ell
sebelum majlis kasi pekena celup-celup kat pantai dulu...
PCB..Naufal geleng2 kepala
Family

US
Naufal with the bride and bridegroom

tidur sepanjang perjalanan
akhirnya sampai kay ell
sama belang dengan abah
To Angah (syazana) dan nik kamil, semoga berbahagia..tak sabar nak tunggu baby baru dalam family kita!

Sunday, January 16, 2011

Lesson no 2 for Naufal

Anakku yang sorang nih...biler menjelang malam jer mata jadi cerah. Mula2 masa awal seminggu dua, mak aku kata dier nih confuse nih siang ngan malam memandangkan dier lahir awal pagi, jadi untuk seminggu dua yang pertama kami sama2 jadi burung hantu, siang Naufal tido ibu pon tido, malam menjelma Naufal x mau tido berhempas pulas nak tidokan dier, kadang2 dier tido sejam jer paling lama...penat tangan ibunyer mendukung Naufal; naseb masa tu Naufal masih ringan..

Masuk minggu keempat Naufal dah start kurang tido siang, malam pon kurang tido, last2 ibu dier yang letih...mula2 risau jugak sebab Naufal kurang tido, bukan baby kena banyak tido ker?..then google2 tgk ramai jugak yang mempunyai masalah yang sama....mak tok dier pon risau (nak fikirkan anak kat ward lagi, cucu lak x nak tido ) sampai ada ketika mak tok give up nak belikan buai untuk Naufal, nasib ibu tahan lagi, yelah biler dah pakai buai banyak pulak masalah yang timbul nanti...

Menjelang 40 hari baru keadaan stabil balik, siang tido kejap jer, dlm sejam wakeup dlm 2 jam pastu tido balik, tapi malam tuh susah sikit, Naufal nak didodoikan sampai lena, ada masa sampai dier jerit2 1 rumah dengar gara2 x mau tido..tapi biler Naufal tido oklah dier cuma bangun untuk minum susu sahaja, Alhamdulillah...

Mula2 try cara dukung2 sampai dier tido(lenguhnyer x terkira masa tuh), try rocking chair..macam2lah cara nak bagi dier tido, then my husband risau, biler ibunyer oncall nanti abah sensorang nak jaga Naufal, nnti susahlah, kire x nak biasakan dier tido berdukung(sbb kalau letak jer Naufal nangis), then i talked to my bestfriend Syahirah, she advice me to find a way, so that my baby can sleep by himself..jadi terjadilah lesson no 2 Naufal, how to sleep by himself.

So sekali lagi ibu check kat google camner nak settlekan problem Naufal nih..then ibu terbaca satu ruangan di Johnsons baby, 3 simple step for bedtime routine.http://www.johnsonsbaby.com/Sleep/

Step 1 : Bathing
Step 2: massage
Step 3:Quietly off to sleep..

So pas baca tuh bersemangatlah ibu nak melakukannyer..malam 1st failed, Naufal jerit2 biler dimmed the light (cam tahu2 jer)..mula-mula ibu hampir give up tapi kena teruskan jugak..
So macam-maram cara dah kuar,a few step to ader yang kena modified, tapi masih ikut 3 step tuh(ubah suai mengikut citarasa),

Alhamdulillah, sekarang Naufal ader peningkatan, ader masa biler dier badmood sangat atau ader masa2 yang x dapat dielakkan 3 step tuh terskip, susah jugak nak tidokan dier, tapi buat masa nih, routine dah mula sebati kat Naufal...Ibu bagi grade 5 bintang untuk anak ibu...pandainyer...



Monday, January 10, 2011

lesson no 1 for my little star

1st hour of life, my little star dah start breast feeding course(eventhough we skip the skin to skin contact part). selepas itu bermulalah kisah Naufal dan susu ibu..hehe

2 minggu pertama Naufal direct feeding(meaning direct from breast) pas 2 minggu, i thought want to try bottle feeding. i already brought him 3 MAM's bottle(dengar kata MAM nih bagus, anticolic, teat dier pon bagus,reduced risk of nipple confusion) m
ula2 ok, naufal boleh jer trima bottle feeding dengan jayanyer..lega hati ibu..) lepas tuh ibu pon sambung dengan direct feeding jer(sebab mudah tak pyh nak thawkan susu, but i still pump for milk)...

masuk 40 hari, ingatkan nak ajar naufal bottle feeding day time, direct feeding night time, alih2 Naufal reject bottle feeding, jenuh jugak nak bg dier bottle, dier luak2kan, then i ask my mum to give(ader org kater dier refuse sebab biler dier terbau ibu dier th nak direct feeding) tapi Naufal still refuse..masa tuh berpeluh2, biler dier dh nangis lapar jerit2 terpaksa bagi jugak direct feeding..masa tu kecewanyer ibu...


Then google2 jumpalah satu forum, they recommand bottle Tommee Tippee, dier punyer teat tuh mimik can natural teat( kire can slogan dier close to nature
) then bottle dier pon wide neck(as if like breast); curve botol tuh pon direka seolah2 cam cara we hold our breast (C shape). so ibu ngan Aunty Ana pon ronda2 Manjung cari kedai yang menjual Tommee Tippee nih..alhamdulillah jumpa...

Mula2 bagi ok, tapi ader ms2 dier reject jugaklah (much better dari sebelum nih)..akhirnyer terubat jugak kekecewaan ibu, sekarang Naufal dah boleh trima dua2 bottle feeding(tapi hanya ngan Tommee Tippee bottle sahaja) dan direct feeding...

Wednesday, January 5, 2011

the longest confinement period....

44 days confinement period wasn't really tough for me, but out of sudden it become the worse 44 days in my life...
i planned to deliver at my mother's house so that i can have my confinement period at my hometown, surrounding with my beloved family, but god already had planned for me...
The same days after me and my baby discharge from ward, my beloved sister, Ani been admitted to ICU, intubated, ventilated for respiratory acidosis. she only managed to see her nephew for a second before went to hospital.
Ani had suffer for pontine glioma for 2 years, she started to had cough a few days, before her condition become worse. she become cyanose and her breathing become shallow...
i cannot see Ani since i was on curfew for confinement, makes me so stress, i only manage to get news from my sister and others family member...i was the tougher moment in my life.
my husband went back to KL for work, Ana and my mother had to stayed in hospital to look after Ani, while my father during that time had to go for outstation...i feel sad,worried,alone,loss...plus i just had new baby to look after
2 times my sister been intubated, after 32 days in hospital Ani managed to be discharge from ward safely (thank you for all families,friends who never stop pray for my sister)
i'm so lucky to have very supportive husband, all family member and friends, who never stop to cheer me up and motivate me so i won't let down....

Sunday, January 2, 2011

Majlis cukur jambul dan berendoi Amsyar Naufal

Idea Majlis cukur jambul ni hasil gabungan idea Aunty Ana,Aunty Ani dan maktok. Alhamdulillah setelah sebulan Aunty Ani admitted to hospital, jadi majlis ini sekali dengan majlis doa selamat.

Tema, doorgift dan semua persediaan diaturkan oleh Aunty Ana dan maktok, since ibu masih berada di Kota Bharu lagi. Kire event manager yang tak berbayar. Kami decide pilih tema warna biru laut untuk majlis kali ini. Semua Keluarga dijemput hadir bersama memeriahkan majlis.

Doorgift
the "bear flower"
the cake
Buaian
ibu dan Abah
Star of The Day
Marhaban dan cukur jambul
Berendoi
family
Abah Ibu dan Naufal
Hero ibu dan Abah
Terima Kasih kepada semua ahli keluarga yang sanggup datang dan membantu majlis kami ini. Terima kasih jugak kepada aunty ana dan maktok yg jadi event manager!