Monday, September 3, 2012

Right Here waiting for you


Oceans apart, day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain

If I see you next to never
But how can we say forever

Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted, all the times
That I thought would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now

Oh, can't you see it, baby
You've got me goin' crazy

Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I wonder how we can survive
This romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance

Oh, can't you see it, baby
You've got me goin' crazy

Wherever you go, whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

Waiting for you

*** Lagu 1st my sweet husband dedicated to me..biasalah masa muda-muda dulu..tapi sampai sekarang setiap kali dengar lagu ni, mesti teringat kat dier..nak marah pon tak jadi (only if he knows..hehe)..
this song ader sentimental value for me..tapi yang richard marx punyer version..alahai teringat zaman-zaman dulu...

Right here waiting for you...

Thursday, August 9, 2012

Our second Prince!


27 julai bersamaan 7 Ramadhan, pagi-pagi aku bangun seperti biasa, bersiap2, iron baju (Almakumlah harini ader sessi photografi hari raya IPK, kenalah melawa-lawa), perutku dah start rasa tak sedap..macam contraction, tapi taklah ketara sangat, so aku pon bergerak meredah jam di ibukota(ewah ayat biasa didengari), biasalah hari Jumaat, jalan mesti extra jammed..berjaya aku sampai ke office sebelum pukul 8 pagi.

Sepanjang perjalanan perutku dah start mengeras lebih dari biasa, sampai office aku check tak der pulak tanda apa-apa, so aku pon mulakan pekerjaanku seperti biasa (melunaskan hutang-hutang yang ada..hutang keje yerk…) pukul 8.30 pagi, kami pon turun ke foyer untuk bergambar raya, dalam perjalanan ke foyer aku dah cakap kat Rizky, officemateku, aku dah rasa tak sedap kalau tiba-tiba teruk sangat aku mintak jasa baiknya untuk menghantarku ke HKL.

Selepas sessi fotografi, kami pon ke dewan delima ader talk tentang “salam ramadhan”->tak ingat tajuknya, tapi sangat menarik isi kandungannya. Sepanjang talk tu, contraction makin ketara dan semakin sakit..ingatkan braxton hicks jer, tapi kekerapan makin bertambah, aku rasa better aku undur diri dulu sebelum terberanak lak kat IPK..jenuh tuh..

Selepas settlekan beberapa perkara(cam confident jer akan beranak), aku pon mengundurkan diri untuk ke Hospital, rasanya sakit tu boleh tahan lagi, aku pon drive balik rumah, untuk mengambil beberapa barang, encik husband pon aku suruh balik jugak. Sampai di rumah sakit makin ketara, terus kami ke Hospital Putrajaya(cuba nasib manatahu boleh bersalin disana).

Sampai di Hospital Putrajaya, contraction 3:10:25 sec(maksudnya dalam 10 minit 3 contraction dan setiap contraction lebih kurang 25 sec)àpatutlah aku tak tahan kuat rupanya contraction aku kuat kali ini, os dah buka 2cm, tapi disebabkan Hospital putrajaya tak mempunyai bed, diorg nak transfer aku ke HKL or Hospital Kajang..mak ai jauhnya, so aku decide AOR(at own risk) discharge, aku terus ke Hospital Serdang(aku fikir tak per os masih 2cm sempat lagi kot sampai Hospital Serdang.)

Sampai Hospital Serdang…tunggu punya tunggu, sakit punya sakit, akhirnya dekat sejam barulah aku diperiksa, os dah 3cm, advice to admit and review progress 4 hours later. Review 4 hours, os still 3cm, tapi contractionnya memang tak ingat..akhirnya sepanjang malam aku tahan kesakitan sendiri(tak der pon orang offer neubain ker..ewah demand lak), pukul 3 pagi, sakit makin kuat, JM pon recheck balik VE(vaginal examination), dier kata os aku dah 4cm, readylah untuk ke labour room kalau labour room kosong, aku pon tunggu punya tunggu, sampai ke pagi, sedar2 aku dah terlelap mungkin sebab dah kepenatan…

Pagi 28 Julai, aku rasa sakit semakin berkurangan, tak sekerap semalam, so Dr nasihatkan untuk tengok progress sehari lagi, mak dan abah dari Perak dah sampai untuk tolong tengokkan si kecik Naufal tu, takut dier meragam pulak. Sepanjang hari aku di wad tapi tak rasa apa2 progress lagi.
29 Julai, mula-mula ingat nak minta discharge sebab dr buat sekali lagi VE pukul 6 pagi, os masih 3-4cm, tapi cervix masih thick lagi. Aku pon dah mula bosan duduk di hospital. Bermula pukul 9 pagi aku start mengalami contraction kembali.  Dr advice aku untuk stay lagi 1 hari untuk tgk progress since contraction aku dah start balik. Contraction makin ketara, aku mula tak tahan, sampai lunch dan dinner pon tak lalu nak makan. Petang tu MO oncall buat S&S (sweep and stretch) untuk membantuku. Lepas S&S sakit makin kuat, Allah sahaja yang maha mengetahui.

Dari 10 malam aku rasakan contraction makin kerap, sampai pukul 11.30 aku tak mampu bertahan, aku minta seorang jururawat untuk memeriksa aku. Dier kata “Dr, os baru 3cm, posterior sangat lagi nih, belum lagi. Dr baliklah ke katil dulu”. Mak ai kecewanya, dahlah sakit makin kuat. Nak berjalan dari bilik procedur ke katil tu…Allah sahaja yang tahu…sakit…sakit..sakit…

Sampai ke katil aku rasa nak ke tandas, bila ke tandas, aku rasa sakit teramat sampai nak bangun pon tak mampu. Kebetulan seorang JM datang untuk membuat CTG(cardiotopography) kepadaku. Bila dier tgk keadaanku (yang aku rasa tak serupa dek orang tuh) terus dier panggilkan houseman untuk memeriksaku. Masa HO tu nak periksa, datanglah nurse yg periksa aku tadi sampai berkata “ala Dr saya baru check tadi, os baru 3cm, lambat lagi nih”, skali HO tu kata, “kak hantar ke Labour room sekarang, os dah 8cm!” Ha kalut mencari troli nak hantar aku ke labour room.

Sampai ke labour room, os aku dah almost fully, ARM(Arficial rupture of membrane)  dilakukan, liquor clear, tros diorg suruh aku push, fuh macam menang loterilah(ingat lagi kata staff nurse rafidah kat Banting dulu).  Tapi masa push, mak aih susahnya nak kuar..aku rasa baby kecik je, tapi head tak descend. Naper nih..risau aku. Alhamdulillah dengan bantuan JM kat Labour room aku berjaya push jugak baby keluar pada pukul 12.36 pagi, 30 Julai 2012 dengan berat lahir 2.39kg. Patutlah susah nak keluar baby OP rupanya(Occiput Posterioràmaknanya kepala anak mendongak ke atas, menyebabkan diameter dier besar). Fuhh lega, dekat 20 minit jugak nak meneran tuh…

Maka menangislah si putera rajaku melihat dunia baru, rasa macam betul2 tak percaya, Alhamdulillah. Suamiku tiba sejurus baby keuar(apa boleh buat aku bagitahu pon last minute, baby decide nak keluar pagi2 buta pulak, sian abah terkeja2 ke Hospital pagi2)

Pengalaman kali kedua ternyata sangat berbeza ngan kali pertama, 3 hari di wad, 3 hari merasai kesakitan dan kepayahan untuk pushing, semuanya berbeza, yang sama adalah perasaan yang tak dapat diungkap apabila melihat wajah puteraku Amsyar Nazeef b. Ahmad Syamim Afham disisiku. Alhamdulillah Allah kau berikan keindahan yang tak ternilai dan tak terbayar dengan segalanya! Amsyar Nazeef…
Gambar raya 2012 IPK(muka tengah tahan contraction...credit to Faizal IPK)
Amsyar Nazeef little prince, 3 hours of life...Welcome to new world sayang

lepas mandi di Hospital..lena tido sebab tak tido semalaman

Welcome to Rumah Tok Abah

Day 3 admitted for Neonatal Jaundice, D4 discharge, Day 8 readmit, kesian anak ibu, habis lebam tangan

Discharge

Brotherhood..my charming little boys(boys over flower..ewah..)



Thursday, July 26, 2012

febrile Fit


Disebabkan strong family history, anakku si Naufal pon terkena jugak febrile fit ni. Bagi parent yang tak pernah perkataan febrile fit, mungkin anda pernah terdengar perkataan “tarik” atau “ sawan  demam panas”. Penyakit ini adalah penyakit yang common dikalangan kanak-kanak, dan boleh terjadi dari usia 3 bulan sehingga 6 tahun.
Term  febrile = fever/demam
fit= sawan.
Febrile fit terbahagi kepada 2 jenis, iaitu simple febrile fit dan complex febrile fit. Ada beberapa ciri fit itu sendiri yang mengkategorikan fit itu simple atau complex, tetapi kebanyakkan kanak-kanak mengalami simple febril fit.
Ciri-Ciri Simple febrile fit:
1.     Fit itu berlaku <15 minit
2.     Fit itu Generalised, maksudnya sawan itu melibatkan keseluruhan badan, bukan berlaku sebelah bahagian badan sahaja
3.     Berlaku hanya sekali untuk 1 episode demam panas
*semestinya semasa fit berlaku anak tengah demam, sekira lain dari ciri-ciri simple maka dia terjatuh dalam kategori complex(complex sikit nak cakap)
Pengalaman pertama aku sebagai ibu menghadapi anak sendiri hampir fit, memang menakutkan. Dulu masa bekerja di wad kanak-kanak, aku pelik nape bile ader admission simple febrile fit, si ibu boleh nangis2 (Dalam hati kata, ala simple febrile fit jer), skali berlaku kat diri sendiri, ha baru tahu…put myself into patient shoes!
Masa tu abah Naufal outstation, Naufal pulak kena community acquired pneumonia(CAP), tapi hanya on oral antibiotic je, so malam tu, sebelum tido, dah bagi ubat Sirup paracetamol dan ubat antibiotic dier, so biler nak tido tu tak demam(malah aktif lagi belasah ibu).
Dalam pukul 2 pagi, aku rasa badan dier macam shaking, dalam hati eh naper nih sejuk ker(sebab memang kalau Naufal demam aku tak pakaikan dier baju). Biler rasa badan dier panasnyer, memang tak sempat ambik thermometer, terus gerakkan Naufal, Alhamdulillah, dier menangis(tandanya belum sawan lagi, kalau kanak-kanak sawan selalunya dier tak responsive dan selalunya tak menangis). Cepat-cepat aku sambar Supp Voren yang ader disebelahku, bagi terus per-rectal (melalui buntut), ambik air terus lap2 badan dier. Sepanjang proses tu, Naufal nangis jer, mungkin terkejut dan tidak selesa. Alhamdulillah, pukul 4 pagi, baru Naufal boleh tido balik selepas demam dier kebah.
Pas Naufal tido, barulah aku nangis-nangis takut(waaa malu ooo). Yelah Abah tak der, kalau aper-aper2 jadi saper pulak nak bawak gi Hospital pagi2 buta nih..masa tuh x boleh piker dah nak minta tolong saper..moral of the story..Doktor pon takut jugak, especially kalau melibatkan keluarga sendiri, dan barulah aku faham sekarang kenapa parent yang anak simple febrile fit boleh nangis(sebab aku pon sama, kalaulah staff nurse aku dengar mesti diorg bantai gelak kat aku…)
So parent semua, kalau keluarga ada sejarah “tarik” atau “sawan demam panas”, be extra careful bila anak demam.
Bila anak demam apa yang perlu dilakukan?
1.     Pakaikan dengan pakaian lightwear(baju lubang2 ker, kalau aku selalunya Naufal pakai pampers jer) *Jangan selimutkan anak atau pakaikan dengan sweater, sebab ini akan memerangkap haba, badan anak akan jadi semakin panas
2.     Bagi ubat demam mengikut masa yang ditetapkan
a.     Kalau ubat sirup paracetamol boleh diberi setiap 6 jam(bergantung pada dos yang diberikan oleh doctor)
b.     Kalau doctor bagi ubat sirup neurofen, boleh diberi setiap 8 jam
3.     Stanby ubat Suppository Paracetamol/voren, boleh minta dengan doctor anda, in case kalau demam anak naik mendadak
4.     Mesti ada thermometer di rumah untuk check suhu anak, jangan main rasa2 jer tau
5.     Kerap basahkan badan dier, caranya basahkan tuala dengan air paip biasa(jangan guna ais), sapu pada kepala, ketiak dan badan dier. Biarkan air itu kering sendiri, jangan tinggalkan tuala di kepala anak anda, sebab ia boleh memerangkap haba.
6.     Bawalah anak anda ke klinik sekiranya dier demam, mana tahu perlu antibiotic
Apa perlu buat sekiranya anak anda sawan?
1.     Mengiringkan dier ke sebelah badan supaya air liur dier boleh keluar
2.     Basahkan badannya seperti yang diajar
3.     Bagi ubat ikut buntut(samada supp Paracetamol atau supp voren)
4.     JANGAN masukkan aper2 benda ke dalam mulut anak and, ex: jari anda atau sudu
5.     Perhatikan ciri2 sawan tersebut, adakah ia melibatkan sebelah badan, atau keseleruhan badan?ada tanda2 yang special?
6.     Selalunya sawan demam panas ni akan berhenti sendiri, sekira masih berterusan sehingga 10 minit bawa ke hospital berdekatan
Apa yang ditakuti tentang sawan demam panas?
Untuk kali pertama sekiranya terjadi pada anak anda, bawa ke hospital, kadang-kadang sawan demam panas boleh disalah diagnose dengan jangkitan kuman diselaput otak yang dikenali sebagai meningitis. Selalunya, kanak-kanak yang menghidap meningitis die akan irritable, menangis tak berhenti2 dan selepas sawan, sukar untuk dier kembali ke keadaan asal, kanak2 tersebut akan drowsy dan letih dan sawan mungkin boleh berlaku berulang2. Jadi bawa anak anda ke hospital secepat mungkin.

Adakah anak saya boleh mengalami sawan/epilepsy sekiranya dier pernah mengalami febrile fit?
Sekiranya ada sejarah keluarga yang mempunyai sawan(bukan sawan demam panas)/epilepsy, atau kanak-kanak tersebut mengalami lambat perkembangan atau sawan untuk masa yang lama, mungkin kanak-kanak tersebut boleh menghidapi sawan sehingga dewasa.
Apakah kebarangkalian untuk sawan demam panas berlaku kembali?
Bergantung kepada faktor-faktor risiko pesakit,
Faktor2 yang menyumbang kepada risiko febrile fit adalah,
1.     Sejarah keluarga
2.     Sawan semasa demam <40°c
3.     Jarak antara demam dan sawan <1 jam
Sekiranya tiada factor <15% risiko untuk berulang
Sekiranya >2 faktor, >30% risiko untuk berulang
Sekiranya >3 faktor >60% risiko untuk berulang

Rasanya cukuplah sampai disini perkongsian ilmu dan pengalaman ibu Naufal tentang Febrile FIt

Monday, July 16, 2012

FooD..FooD..FooD part II



Setelah mengambil masa yang lama barulah sempat nak update part II ni. Part I kita dah cerita tentang bila dan bagaimana ingin memulakan makanan pejal kepada anak-anak…langkah terakhir parent kena sentiasa ingat adalah DON’T GIVE UP!

Varietykan makanan anak-anak anda, bagi mereka merasa setiap jenis makanan(tapi perlu diperhatikan sekiranya timbul gelaja allergy selepas anda memberi sesuatu jenis makanan yang baru. Pada ketika ini, ibu-ibu akan rasa diri mereka chef, mereka makanan untuk si kecil anda.

Pada permulaan saya mengenalkan “food puree”. Food Puree bermaksud makanan-makanan yang dilenyekkan terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Buah yang terbaik yg hypoallergy(kurang allergy) adalah avocado, dan buah avocado ni kaya dengan lemak yang baik untuk baby anda. Untuk maklumat tentang buah ni http://wholesomebabyfood.momtastic.com/avocadobabyfoodrecipes.html

Recepi 1:
·      1 Biji Buah Avocado
·      Sedikit air

Buah avocado ni dibuang biji, dah isinya dimasukkan ke dalam mangkuk
Lenyekan isi buah avocado dengan garpu (kalau nak texture lebih lembut bolehlah blendkan isi tersebut)
Tambahkan sedikit air

Sekiranya baby anda suker dengan buah avocado ini, anda boleh varietykan dengan buah-buahan lain contohnya apple, carrot, brokoli…

Next step bile baby anda nampak makin bersedia untuk menerima makanan pejal, mulakan dengan bubur. Naufal bermula dengan bubur sayur-sayuran,

Resepi 2: Bubur nasi
·      1 genggam beras (untuk dapatkan bubur yang halus, anda boleh cuba campurkan sedikit air panas dan rendamkan beras tersebut 5-10 minit)
·      ¼ biji kentang
·      ¼ batang carrot
·      2 sudu butter/olive oil
Campurkan kesemua bahan didalam rice cooker, dah biarkan dier masak sendiri (ni kaedah ibu yang malas untuk menunggu), setelah bubur masak, blendkan bubur tersebut sebelum diberi kepada baby anda.

Mengapa perlu menambah butter/minyak didalam bubur anak anda?
Terutama baby yang kurang berat, bayi yang berumur 6 bulan, kandungan lemak didalam susu tidak mampu menganggung keperluan lemak didalam badan mereka, dengan menambah lemak akan membantu didalam meningkatkan berat badan anak anda.
Apabila nampak tiada tanda-tanda allergy, tambahkan ayam, ikan, cheese didalam bubur. Pelbagaikan sayur-sayuran didalam bubur, seperti tambah bayam,brokoli dan kadang2 saya le takkan cebisan epal atau oren didalam bubur untuk pelbagaikan rasa.  Ibu-ibu rajin-rajinlah berexperimental dengan makanan anak anda, dan anda akan rasa motherhood itu sangat menyeronokkan!

Apabila naufal makin membesar, dah ada gigi, nampak sudah pandai mengunyah, kurangkan kehalusan bubur anda, sampai satu masa anda rasa x perlu untuk memblendkan lagi bubur itu!

Teruskan kepelbagaian makanan anak anda, berikan oat, spagetti, makaroni, roti dan sebagainya untuk anak anda…perhatikan makanan apa yang menjadi kegemaran mereka. Yang paling utama, jangan give up untuk beri makanan berkhasiat pada mereka, jangan malas ke dapur untuk menyediakan sendiri makanan mereka. 

Gunting Rambut

Rambut Naufal dah makin panjang...
Selama ni maktok yang tolong guntingkan rambut dier, takkan nak balik Perak semata-mata nak potong rambut si kecik nih..other option bawak gi kedai mamak...
problem: Naufal tak reti duk diam,risau gak kang tergunting mana2 lak...
kebetulan masa ke Padi Restaurant Cyberjaya, sebelah tu ader kedai gunting nama dier "quick cut", harap2 betul2 quick lah yerk..
style kedai tu cam kat Hong kong kot(sebab ader gambar pelakon hong kong kat depan tu..)
Sampai kat kedai masukkan duit RM12 dalam mesin yang ada di depan kedai, pastu dier kuarkan kad.
Tunggu giliran anda..nasib malam tu hanya ada 1 customer jer, jadi cepat sikit masa menunggu tuh...
Yang tukang potong tuh perempuan, mula2 si kecik tu cam resah gak, lagi2 badan dier kn bungkus...tangan aku yang dipegangnya tu mula dicubit2 tanda protes dalam diam, tapi muka maintain serius jer..(mmm macam pernah kenal orang yang perangai sebijik camni...)
So masa gunting tu aku pon trylah attract Naufal..muka dier masih serius tapi taklah berpusing2..lega..akhirnya 5 minit siap..baru nampak macam muka boy anak ibu nih...hehe
So pengalaman bawak anak gunting rambut nih, memang nervous sebab tak tahu mood dier macam mana, alhadulillah mood Naufal masa tu mood marah-marah sayang jer..pandai anak ibu...

muka serius tanda marah..tangan ibu kat dalam tu dicubit-cubit

muka serius jer...alahai anak ibu

muka serius tak gerak-gerak...


Sunday, July 1, 2012

Family Day RIAH

Kali ni kita bercerita tentang hari keluarga nursery Naufal. Sejak berusia 2 bulan setengah lagi Naufal dah join nursery nih, Alhamdulillah setakat ini memang puas hati sangat2 dengan Nursery Naufal ni..tip top okay..tapi kali ni citer pasal family day bukan pasal nursery...


Tajuk : Family day Rumah ibu-Alhafiz
Tarikh : 30 June 2012
Tempat : Padang rekreasi presint 15


Malam sebelum Family day, we did some shopping. Kami sefamily dari rumah merah, so kenalah pakai baju merah. Since ibu is heavily pregnant and did not have ANY red blouse/shirt, so terpaksalah membeli2(selebihnya mengambil kesempatan bershopping..fuh...heaven)


Pagi2 lagi dah mengerahkan si kecik Naufal bangun..memang susah! lepas bangun bagi mood dier ok dulu buat susu, makan roti pastu barulah mandi...seriously it takes more that hour...so terlambatlah kami sampai...hehe...

Sampai2, berpusing2 cari tempat almaklumlah tak biasa berekreasi(not part of our family activities), akhirnyer berjaya juga, naseblah acara pon belum bermula lagi


Lupa nak cerita lak, sebelum Family day nih, setiap anggota telah diberikan tugasan masing2, Abah kena jadi AJK aktiviti manakala ibu ditugaskan memberi penerangan tentang kesihatan(As what Dr always do..('____')

Memang meriah family day, even Naufal and the gang still small, but it was fun and good. Sekurang-kurangnya dengan adanya aktiviti sebegini, ibu-bapa boleh bertemu merapatkan silaturahim, kalau tak jumpa masa mengambil/menghantar anak sahaja, and everybody was rushing to work/tiring after work(i think most of people working in KL/Selangor felt the same).

Kesimpulannya Family day RIAH memang best!

Baru sampai Naufal dah peluh2 berlari2

Naufal dan Hadif



Anggota keluarga RIAH

Mulakan dengan doa
Kemudian sarapan dulu


AJK aktiviti bersidang

Abah=AJK aktiviti


Bawa bola pingpong dengan sudu...(mmm..don't doubt about it!)
Acara pecahkan belon
Lari ikat kaki..
Persembahan anak-anak

Naufal yg tak sabar2 nak berlari...
Persembahan dari anak-anak
Health talk : Paediatric basic life support and choking (sayang nak der manikin)
Acara bagi-bagi hadiah..tak ingat day kami menang acara aper (ader yg 1st prize lagi..tapi tak tahu acara apa..alahai..)
Kami bersama ummi Jue(pengasas RIAH)
 Walaupon penat tapi berbaloi2...maybe next year bole buat lagi kan...
thank you to Mas(mama Hadif) dan family sebab sudi menyumbangkan gambar-gambar family day
















Sunday, October 30, 2011

Naufal 1st Birthday

Akhirnya, dah setahun anak ibu..sekarang ni Naufal dah ada percubaan unuk berdiri dan menapak 2-3 langkah...bilalh nak start jalan nih..
Bersemperna birthday Naufal yang pertama, ibu decide untuk mengadakan jamuan kecil-kecilan dirumah..maktok, semua aunties dan uncle telah dikerah untuk membantu...

Tema : Barney and Friend
Tarikh 29 Oktober 2011(5 hari dari tarikh birthday Naufal yang sebenar)
Tempat : Rumahku Syurgaku..Cewah
Menu : Laksa Penang (memenuhi request dari ibu abang wey), Meehon Singapore, Banana and walnut cupcakes, Berries Cheese Tart, and Birthday Cake

Di pagi hari...Naufal duduk termenung mengenangkan pertambahan usia

Orang sibuk mengemas dier buat photoshoot ngan Uncle
Birthday Cake specially to you!



Lagi gambar Cake
The Cupcake(homemade by ibu..)
the berries cheese tart (done by aunties)
Goodies bag...
Birthday Boy
Jiran dan rakan-rakan yang hadir
Sessi Temu ramah

Naufal dan Hadif
naufal with Aunty Sue dan Uncle Bapak
 
Finally at the end of the day baru dapat bergambar bersama Birthday Boy

Happy Birthday Naufal sayang, semoga Naufal menjadi anak yang soleh dan berguna kepada keluarga, agama dan negara...