Showing posts with label letter from Tabib. Show all posts
Showing posts with label letter from Tabib. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

febrile Fit


Disebabkan strong family history, anakku si Naufal pon terkena jugak febrile fit ni. Bagi parent yang tak pernah perkataan febrile fit, mungkin anda pernah terdengar perkataan “tarik” atau “ sawan  demam panas”. Penyakit ini adalah penyakit yang common dikalangan kanak-kanak, dan boleh terjadi dari usia 3 bulan sehingga 6 tahun.
Term  febrile = fever/demam
fit= sawan.
Febrile fit terbahagi kepada 2 jenis, iaitu simple febrile fit dan complex febrile fit. Ada beberapa ciri fit itu sendiri yang mengkategorikan fit itu simple atau complex, tetapi kebanyakkan kanak-kanak mengalami simple febril fit.
Ciri-Ciri Simple febrile fit:
1.     Fit itu berlaku <15 minit
2.     Fit itu Generalised, maksudnya sawan itu melibatkan keseluruhan badan, bukan berlaku sebelah bahagian badan sahaja
3.     Berlaku hanya sekali untuk 1 episode demam panas
*semestinya semasa fit berlaku anak tengah demam, sekira lain dari ciri-ciri simple maka dia terjatuh dalam kategori complex(complex sikit nak cakap)
Pengalaman pertama aku sebagai ibu menghadapi anak sendiri hampir fit, memang menakutkan. Dulu masa bekerja di wad kanak-kanak, aku pelik nape bile ader admission simple febrile fit, si ibu boleh nangis2 (Dalam hati kata, ala simple febrile fit jer), skali berlaku kat diri sendiri, ha baru tahu…put myself into patient shoes!
Masa tu abah Naufal outstation, Naufal pulak kena community acquired pneumonia(CAP), tapi hanya on oral antibiotic je, so malam tu, sebelum tido, dah bagi ubat Sirup paracetamol dan ubat antibiotic dier, so biler nak tido tu tak demam(malah aktif lagi belasah ibu).
Dalam pukul 2 pagi, aku rasa badan dier macam shaking, dalam hati eh naper nih sejuk ker(sebab memang kalau Naufal demam aku tak pakaikan dier baju). Biler rasa badan dier panasnyer, memang tak sempat ambik thermometer, terus gerakkan Naufal, Alhamdulillah, dier menangis(tandanya belum sawan lagi, kalau kanak-kanak sawan selalunya dier tak responsive dan selalunya tak menangis). Cepat-cepat aku sambar Supp Voren yang ader disebelahku, bagi terus per-rectal (melalui buntut), ambik air terus lap2 badan dier. Sepanjang proses tu, Naufal nangis jer, mungkin terkejut dan tidak selesa. Alhamdulillah, pukul 4 pagi, baru Naufal boleh tido balik selepas demam dier kebah.
Pas Naufal tido, barulah aku nangis-nangis takut(waaa malu ooo). Yelah Abah tak der, kalau aper-aper2 jadi saper pulak nak bawak gi Hospital pagi2 buta nih..masa tuh x boleh piker dah nak minta tolong saper..moral of the story..Doktor pon takut jugak, especially kalau melibatkan keluarga sendiri, dan barulah aku faham sekarang kenapa parent yang anak simple febrile fit boleh nangis(sebab aku pon sama, kalaulah staff nurse aku dengar mesti diorg bantai gelak kat aku…)
So parent semua, kalau keluarga ada sejarah “tarik” atau “sawan demam panas”, be extra careful bila anak demam.
Bila anak demam apa yang perlu dilakukan?
1.     Pakaikan dengan pakaian lightwear(baju lubang2 ker, kalau aku selalunya Naufal pakai pampers jer) *Jangan selimutkan anak atau pakaikan dengan sweater, sebab ini akan memerangkap haba, badan anak akan jadi semakin panas
2.     Bagi ubat demam mengikut masa yang ditetapkan
a.     Kalau ubat sirup paracetamol boleh diberi setiap 6 jam(bergantung pada dos yang diberikan oleh doctor)
b.     Kalau doctor bagi ubat sirup neurofen, boleh diberi setiap 8 jam
3.     Stanby ubat Suppository Paracetamol/voren, boleh minta dengan doctor anda, in case kalau demam anak naik mendadak
4.     Mesti ada thermometer di rumah untuk check suhu anak, jangan main rasa2 jer tau
5.     Kerap basahkan badan dier, caranya basahkan tuala dengan air paip biasa(jangan guna ais), sapu pada kepala, ketiak dan badan dier. Biarkan air itu kering sendiri, jangan tinggalkan tuala di kepala anak anda, sebab ia boleh memerangkap haba.
6.     Bawalah anak anda ke klinik sekiranya dier demam, mana tahu perlu antibiotic
Apa perlu buat sekiranya anak anda sawan?
1.     Mengiringkan dier ke sebelah badan supaya air liur dier boleh keluar
2.     Basahkan badannya seperti yang diajar
3.     Bagi ubat ikut buntut(samada supp Paracetamol atau supp voren)
4.     JANGAN masukkan aper2 benda ke dalam mulut anak and, ex: jari anda atau sudu
5.     Perhatikan ciri2 sawan tersebut, adakah ia melibatkan sebelah badan, atau keseleruhan badan?ada tanda2 yang special?
6.     Selalunya sawan demam panas ni akan berhenti sendiri, sekira masih berterusan sehingga 10 minit bawa ke hospital berdekatan
Apa yang ditakuti tentang sawan demam panas?
Untuk kali pertama sekiranya terjadi pada anak anda, bawa ke hospital, kadang-kadang sawan demam panas boleh disalah diagnose dengan jangkitan kuman diselaput otak yang dikenali sebagai meningitis. Selalunya, kanak-kanak yang menghidap meningitis die akan irritable, menangis tak berhenti2 dan selepas sawan, sukar untuk dier kembali ke keadaan asal, kanak2 tersebut akan drowsy dan letih dan sawan mungkin boleh berlaku berulang2. Jadi bawa anak anda ke hospital secepat mungkin.

Adakah anak saya boleh mengalami sawan/epilepsy sekiranya dier pernah mengalami febrile fit?
Sekiranya ada sejarah keluarga yang mempunyai sawan(bukan sawan demam panas)/epilepsy, atau kanak-kanak tersebut mengalami lambat perkembangan atau sawan untuk masa yang lama, mungkin kanak-kanak tersebut boleh menghidapi sawan sehingga dewasa.
Apakah kebarangkalian untuk sawan demam panas berlaku kembali?
Bergantung kepada faktor-faktor risiko pesakit,
Faktor2 yang menyumbang kepada risiko febrile fit adalah,
1.     Sejarah keluarga
2.     Sawan semasa demam <40°c
3.     Jarak antara demam dan sawan <1 jam
Sekiranya tiada factor <15% risiko untuk berulang
Sekiranya >2 faktor, >30% risiko untuk berulang
Sekiranya >3 faktor >60% risiko untuk berulang

Rasanya cukuplah sampai disini perkongsian ilmu dan pengalaman ibu Naufal tentang Febrile FIt

Tuesday, September 6, 2011

Hospital Kerajaan...

Sejak menjawat penjawat awam yang berdedikasi ini, ramai yang bertanya, Hospital kerajaan mana yang elok, service yang baik...sebagai penyokong kuat KKM saya akan berkata semua Hospital sama jer, tak der perbezaan....

Betul ke tiada perbezaan????

Banyak perbezaan, dan perbezaan inilah yang perlu diambil kira sebelum kita berhajat untuk ke Hospital tersebut...
Perbezaan utama adalah Logistik problem...sebab KKM cuba sedaya upaya dekat dengan anda so kita cuba buat hospital berdekatan anda....

TETAPI...Hospital-hospital yang didirikan ini ada beberapa perbezaan, dan perbezaan ini anda harus TAHU dan perlu ambil TAHU...

1) Hospital Berpakar vs Hospital tak berpakar...
Anda mesti tahu dan sedar di Malaysia ini terdapat Hospital-hospital tidak berpakar, dan jangan terkejut sekiranya hanya ada satu doktor sahaja yang bertugas untuk satu masa( jadi bila anda ke Hospital tersebut janganlah malu-malu segan nak bertanya doktor dimana, sebab doktor di Hospital tersebut multitask, kanak-kanak dier,dewasa pon dier tengok, bersalin pun mereka tengok) jangan bila anda memilih untuk ke hospital tersebut, tolonglah jangan meminta seperti 'saya nak jumpa pakar' dan jangan terkejut sekiranya anda terpaksa untuk dipindahkan ke Hospital Berpakar yang berdekatan untuk rawatan lanjut...

2)Hospital Besar Berpakar vs Hospital Daerah Berpakar...
Pon ada perbezaan..walaupon ada pakar tetapi berbeza...di Hospital Daerah berpakar selalunya mempunyai pakar tetapi selaunya yang basic, contohnya Pakar Perbidanan, Pakar Kanak-kanak, Pakar Perubatan, dan slalunya pakar-pakar ini seorang atau 2, dan sekira pakar-pakar seperti orthopedic, atau pembedahan atau mata atau ENT selalunya akan datang seminggu/sebulan sekali dari hospital besar berpakar..jadi anda mungkin boleh datang ke hospital ini dan memohon untuk dirujuk ke pakar-pakar tertentu, tapi jangan terkejut dengan tarikh temujanji yang panjang(yelah kalau pakar melawat sebulan sekali berapa banyak pon pesakit boleh di tengok), sekira kes-kes yang serius atau perlu pemerhatian segera maka anda akan dirujuk terus ke Hospital Besar berpakar...
Perbezaan lain ialah selalunya Hospital daerah berpakar ini tak mempunyai kemudahan seperti CT scan, jadi bila anda datang ke Hospital ini sebab terhantuk kepala janganlah gatal-gatal berkata boleh saya nak CT-scan kepala saya...sekira anda disyak mempunyai pendarahan di kepala anda akan di rujuk ke Hospital besar untuk CT-scan....dan yang paling penting...kebanyakkan Hospital Daerah berpakar tidak mempunyai epidural(untuk bersalin..) jadi kalau tgh2 malam datang tolonglah jangan marah-marah misi atau doktor yang ada untuk mintak epidural...TOLONGlah faham yer...

3) Hospital Besar Berpakar vs Hospital tertiary
Maksud Hospital Tertiary adalah Hospital-Hospital yang mempunyai sub kepakaran contohnya untuk neurosurgery di Hospital Kuala Lumpur, atau melibatkan pembedahan jantung di IJN...jadi bila anda perlu dihantar ke Hospital Tertiary maknanya pakar kepada subkepakaran itu ada disitu...jadi kenalah pergi walaupon kadang-kadang jauh....

4) Hospital Selesa vs Hospital tak selesa...
itu isu yang sebenarnya orang kebanyakkan yang pentingkan berbandingkan perkara no 1-3, yang ada first class, yang ada air cond, yang ada button nak panggil nurse...tapi pentingkah semua itu??basic hospital semua ada, jadi terpulang pada masing...tapi sebelum anda ke sesebuah hospital (contohnya untuk bersalin) survey dahulu hospital tersebut, pergi ke laman web rasmi mereka pastikan mereka ada kemudahan yang anda mahukan...kerana Hospital-hospital daerah yang kecil ini tak mempunyai kemudahan seperti bilik 1st class tak der air cond atau water heater, staff pon limited, jadi buatlah pilihan yang tepat...
TETAPI tak semestinya Hospital yang selesa itu menjaminkan quality yang baik, sekiranya anda dalam keadaan kecemasan Hospital Terbaik adalah Hospital yang berdekatan...

Jadilah rakyat yang bijak, MEMBACA lakukan kajian dahulu sebelum anda membuat sesuatu keputusan, jangan jadi anjing menyalak pada gunung kerana gunung pasti takkan runtuh..tak guna anda bising, membuat complain yang tidak bijak sekiranya anda sendiri tersalah membuat pilihan....KEARAH MASYARAKAT MINDA KELAS PERTAMA...