Monday, July 16, 2012

Gunting Rambut

Rambut Naufal dah makin panjang...
Selama ni maktok yang tolong guntingkan rambut dier, takkan nak balik Perak semata-mata nak potong rambut si kecik nih..other option bawak gi kedai mamak...
problem: Naufal tak reti duk diam,risau gak kang tergunting mana2 lak...
kebetulan masa ke Padi Restaurant Cyberjaya, sebelah tu ader kedai gunting nama dier "quick cut", harap2 betul2 quick lah yerk..
style kedai tu cam kat Hong kong kot(sebab ader gambar pelakon hong kong kat depan tu..)
Sampai kat kedai masukkan duit RM12 dalam mesin yang ada di depan kedai, pastu dier kuarkan kad.
Tunggu giliran anda..nasib malam tu hanya ada 1 customer jer, jadi cepat sikit masa menunggu tuh...
Yang tukang potong tuh perempuan, mula2 si kecik tu cam resah gak, lagi2 badan dier kn bungkus...tangan aku yang dipegangnya tu mula dicubit2 tanda protes dalam diam, tapi muka maintain serius jer..(mmm macam pernah kenal orang yang perangai sebijik camni...)
So masa gunting tu aku pon trylah attract Naufal..muka dier masih serius tapi taklah berpusing2..lega..akhirnya 5 minit siap..baru nampak macam muka boy anak ibu nih...hehe
So pengalaman bawak anak gunting rambut nih, memang nervous sebab tak tahu mood dier macam mana, alhadulillah mood Naufal masa tu mood marah-marah sayang jer..pandai anak ibu...

muka serius tanda marah..tangan ibu kat dalam tu dicubit-cubit

muka serius jer...alahai anak ibu

muka serius tak gerak-gerak...


Sunday, July 1, 2012

Family Day RIAH

Kali ni kita bercerita tentang hari keluarga nursery Naufal. Sejak berusia 2 bulan setengah lagi Naufal dah join nursery nih, Alhamdulillah setakat ini memang puas hati sangat2 dengan Nursery Naufal ni..tip top okay..tapi kali ni citer pasal family day bukan pasal nursery...


Tajuk : Family day Rumah ibu-Alhafiz
Tarikh : 30 June 2012
Tempat : Padang rekreasi presint 15


Malam sebelum Family day, we did some shopping. Kami sefamily dari rumah merah, so kenalah pakai baju merah. Since ibu is heavily pregnant and did not have ANY red blouse/shirt, so terpaksalah membeli2(selebihnya mengambil kesempatan bershopping..fuh...heaven)


Pagi2 lagi dah mengerahkan si kecik Naufal bangun..memang susah! lepas bangun bagi mood dier ok dulu buat susu, makan roti pastu barulah mandi...seriously it takes more that hour...so terlambatlah kami sampai...hehe...

Sampai2, berpusing2 cari tempat almaklumlah tak biasa berekreasi(not part of our family activities), akhirnyer berjaya juga, naseblah acara pon belum bermula lagi


Lupa nak cerita lak, sebelum Family day nih, setiap anggota telah diberikan tugasan masing2, Abah kena jadi AJK aktiviti manakala ibu ditugaskan memberi penerangan tentang kesihatan(As what Dr always do..('____')

Memang meriah family day, even Naufal and the gang still small, but it was fun and good. Sekurang-kurangnya dengan adanya aktiviti sebegini, ibu-bapa boleh bertemu merapatkan silaturahim, kalau tak jumpa masa mengambil/menghantar anak sahaja, and everybody was rushing to work/tiring after work(i think most of people working in KL/Selangor felt the same).

Kesimpulannya Family day RIAH memang best!

Baru sampai Naufal dah peluh2 berlari2

Naufal dan Hadif



Anggota keluarga RIAH

Mulakan dengan doa
Kemudian sarapan dulu


AJK aktiviti bersidang

Abah=AJK aktiviti


Bawa bola pingpong dengan sudu...(mmm..don't doubt about it!)
Acara pecahkan belon
Lari ikat kaki..
Persembahan anak-anak

Naufal yg tak sabar2 nak berlari...
Persembahan dari anak-anak
Health talk : Paediatric basic life support and choking (sayang nak der manikin)
Acara bagi-bagi hadiah..tak ingat day kami menang acara aper (ader yg 1st prize lagi..tapi tak tahu acara apa..alahai..)
Kami bersama ummi Jue(pengasas RIAH)
 Walaupon penat tapi berbaloi2...maybe next year bole buat lagi kan...
thank you to Mas(mama Hadif) dan family sebab sudi menyumbangkan gambar-gambar family day
















Sunday, October 30, 2011

Naufal 1st Birthday

Akhirnya, dah setahun anak ibu..sekarang ni Naufal dah ada percubaan unuk berdiri dan menapak 2-3 langkah...bilalh nak start jalan nih..
Bersemperna birthday Naufal yang pertama, ibu decide untuk mengadakan jamuan kecil-kecilan dirumah..maktok, semua aunties dan uncle telah dikerah untuk membantu...

Tema : Barney and Friend
Tarikh 29 Oktober 2011(5 hari dari tarikh birthday Naufal yang sebenar)
Tempat : Rumahku Syurgaku..Cewah
Menu : Laksa Penang (memenuhi request dari ibu abang wey), Meehon Singapore, Banana and walnut cupcakes, Berries Cheese Tart, and Birthday Cake

Di pagi hari...Naufal duduk termenung mengenangkan pertambahan usia

Orang sibuk mengemas dier buat photoshoot ngan Uncle
Birthday Cake specially to you!



Lagi gambar Cake
The Cupcake(homemade by ibu..)
the berries cheese tart (done by aunties)
Goodies bag...
Birthday Boy
Jiran dan rakan-rakan yang hadir
Sessi Temu ramah

Naufal dan Hadif
naufal with Aunty Sue dan Uncle Bapak
 
Finally at the end of the day baru dapat bergambar bersama Birthday Boy

Happy Birthday Naufal sayang, semoga Naufal menjadi anak yang soleh dan berguna kepada keluarga, agama dan negara...

Saturday, October 15, 2011

Food..food..food Part 1

Kali ni kita bercerita sket tentang makanan..tapi tentang baby's food...
Setiap kali di klinik mesti ada referral dari klinik kesihatan untuk baby kurang berat, dan majoriti parent yang membawa anak ke klinik mempunyai masalah tentang pemakanan anak mereka...dan faktor yang besar membantutkan perkembangan bayi adalah pemakanan...

mengawal tabiat pemakanan bayi ini secara basicnya MUDAH, tapi mesti kena cara..

Rules no 1 : susu ibu mestilah diteruskan sehingga 6 bulan (seperti yang semua sedia maklum)
Rules no 2 : Apabila bayi sudah mencapai 6 bulan, start memperkenalkan makanan pejal..jangan terlalu awal atau terlalu lewat memperkenalkan makanan(ini starting point masalah...)
Rules no 3 : start perkenalkan makanan yang less allergy
Rules no 4 :DON'T GIVE UP

senang jer kan...masalah utama kaum ibu bapa hari ini adalah rules no 2...bayi diperkenalkan makanan terlalu awal atau terlalu lewat...faktor ini yang memain peranan kerana bayi yang terlalu lewat diperkenalkan makan pejal aku menyebabkan rejection yang susah diatasi..ini menyebabkan bayi akan bergantung sepenuhnya kepada susu, dan kita semua sedia maklum apabila bayi berusia 6 bulan ke atas susu sudah tak mampu menampung keperluan khasiat harian..jadi dari usia ini kanak-kanak akan mula kurang mendapat khasiat, kurang mendapat zat dan kurang berat badan..lebih kronik kanak-kanak di usia ini mudah mendapat anaemia kerana kekurangan zat besi...
Terdapat ibu bapa yang risau bagaimana mahu memulakan makanan pejal..mulakan makanan yang less allergy...apa maksudnya?..makanan terutama sayuran merupakan makanan less allergy, dan setiap makanan yang diperkenalkan mesti satu-satu dan setiap satu cuba bagi dalam masa 2-3 hari...jadi kita boleh kesan makanan mana yang boleh menyebabkan allergy kepada bayi anda..seperti saya...saya mulakan makanan pejal naufal yang pertama dengan cerelac stage 1 ( start yang warna biru)...baby yang extra allergy boleh mula dengan yang tin hijau...mula-mula pergi ke manjaku..start survey banyak sangat makanan baby so tak boleh decide semua nampak sama stage 1...so nak mula yang mana...kebetulan datang company nestle ke ward untuk hantar invitation dinner talk..so tanyerlah aper perbezaan warn-warna tin ni..
hijau - beras biasa tidak mengandungi susu -jadi sesuai untuk baby yang ader masalah allergy, so cara penyediaan dia bolehlah ditambah dengan susu EBM, atau air biasa...


biru- beras biasa juga tetapi ader kandungan susu(sebab tu dier ader probiotic sebab ader susu)


merah - ni daripada beras merah...untuk nutrion wise tak der beza sangat dengan beras putih tapi yang ini untuk variety food..so selalunya kita try yg biru/hijau dulu kemudian baru yang merah(sebab dikhuatiri allergy)...

jadi berapa kerap dan berapa banyak baby perlu makan???
mula2 start dengan jumlah yang sedikit dahulu..masa mula2 introduce kat naufal dier cam reject jadi buat dalam half small baby bowl tu...and try lagi..mula2 sekali sehari..then biler ok naikkan amaun dier dan kekerapan die pada 2 kali sehari...Rules no 4 sangat berguna pada masa nih..DONT'T GIVE UP cuba dan terus mencuba...

bila menjelang umur 6 bulan lebih start nak introduce makanan lain...selepas baby mula menerima makanan pejal jangan berhenti di situ dengan memberi makanan yang sama sahaja...pelbagaikan makanan...cuba makanan yang lain..target kita menjelang umur setahun baby boleh makan makanan keluarga(maksudnya makan bersama kita dengan makanan kita)... masa ini ibu naufal start berkerah bangun awal untuk masak bubur..saperti biasa mulakan dengan makanan yang hypoallergy..mula dengan nasi+ikan bilis+kentang/carrot/brocoli...teringat kata kawan baikku cheah (aisah biarkan dier rasa manisnyer carrot dan kentang, lemaknya brocoli) jadi jangan tambah garam pada makanannya...selepas seminggu lebih next step perkenalkan ayam dan ikan pula then bayam then so on...

menjadi ibu membawa kita ke alam keseronokkan..sebelum ini sukar untuk ke dapur tapi sekarang hari-hari kena ke dapur sebab nak kena masak makanan untuk anak..makanan kita mungkin boleh tapau jer...tapi makanan anak kena sedia sendiri kerana nutrition yang kita bagi, ditambah dengan kasih sayang didalamnya membuatkan baby membesar sihat dan kuat...

Tuesday, September 6, 2011

Hospital Kerajaan...

Sejak menjawat penjawat awam yang berdedikasi ini, ramai yang bertanya, Hospital kerajaan mana yang elok, service yang baik...sebagai penyokong kuat KKM saya akan berkata semua Hospital sama jer, tak der perbezaan....

Betul ke tiada perbezaan????

Banyak perbezaan, dan perbezaan inilah yang perlu diambil kira sebelum kita berhajat untuk ke Hospital tersebut...
Perbezaan utama adalah Logistik problem...sebab KKM cuba sedaya upaya dekat dengan anda so kita cuba buat hospital berdekatan anda....

TETAPI...Hospital-hospital yang didirikan ini ada beberapa perbezaan, dan perbezaan ini anda harus TAHU dan perlu ambil TAHU...

1) Hospital Berpakar vs Hospital tak berpakar...
Anda mesti tahu dan sedar di Malaysia ini terdapat Hospital-hospital tidak berpakar, dan jangan terkejut sekiranya hanya ada satu doktor sahaja yang bertugas untuk satu masa( jadi bila anda ke Hospital tersebut janganlah malu-malu segan nak bertanya doktor dimana, sebab doktor di Hospital tersebut multitask, kanak-kanak dier,dewasa pon dier tengok, bersalin pun mereka tengok) jangan bila anda memilih untuk ke hospital tersebut, tolonglah jangan meminta seperti 'saya nak jumpa pakar' dan jangan terkejut sekiranya anda terpaksa untuk dipindahkan ke Hospital Berpakar yang berdekatan untuk rawatan lanjut...

2)Hospital Besar Berpakar vs Hospital Daerah Berpakar...
Pon ada perbezaan..walaupon ada pakar tetapi berbeza...di Hospital Daerah berpakar selalunya mempunyai pakar tetapi selaunya yang basic, contohnya Pakar Perbidanan, Pakar Kanak-kanak, Pakar Perubatan, dan slalunya pakar-pakar ini seorang atau 2, dan sekira pakar-pakar seperti orthopedic, atau pembedahan atau mata atau ENT selalunya akan datang seminggu/sebulan sekali dari hospital besar berpakar..jadi anda mungkin boleh datang ke hospital ini dan memohon untuk dirujuk ke pakar-pakar tertentu, tapi jangan terkejut dengan tarikh temujanji yang panjang(yelah kalau pakar melawat sebulan sekali berapa banyak pon pesakit boleh di tengok), sekira kes-kes yang serius atau perlu pemerhatian segera maka anda akan dirujuk terus ke Hospital Besar berpakar...
Perbezaan lain ialah selalunya Hospital daerah berpakar ini tak mempunyai kemudahan seperti CT scan, jadi bila anda datang ke Hospital ini sebab terhantuk kepala janganlah gatal-gatal berkata boleh saya nak CT-scan kepala saya...sekira anda disyak mempunyai pendarahan di kepala anda akan di rujuk ke Hospital besar untuk CT-scan....dan yang paling penting...kebanyakkan Hospital Daerah berpakar tidak mempunyai epidural(untuk bersalin..) jadi kalau tgh2 malam datang tolonglah jangan marah-marah misi atau doktor yang ada untuk mintak epidural...TOLONGlah faham yer...

3) Hospital Besar Berpakar vs Hospital tertiary
Maksud Hospital Tertiary adalah Hospital-Hospital yang mempunyai sub kepakaran contohnya untuk neurosurgery di Hospital Kuala Lumpur, atau melibatkan pembedahan jantung di IJN...jadi bila anda perlu dihantar ke Hospital Tertiary maknanya pakar kepada subkepakaran itu ada disitu...jadi kenalah pergi walaupon kadang-kadang jauh....

4) Hospital Selesa vs Hospital tak selesa...
itu isu yang sebenarnya orang kebanyakkan yang pentingkan berbandingkan perkara no 1-3, yang ada first class, yang ada air cond, yang ada button nak panggil nurse...tapi pentingkah semua itu??basic hospital semua ada, jadi terpulang pada masing...tapi sebelum anda ke sesebuah hospital (contohnya untuk bersalin) survey dahulu hospital tersebut, pergi ke laman web rasmi mereka pastikan mereka ada kemudahan yang anda mahukan...kerana Hospital-hospital daerah yang kecil ini tak mempunyai kemudahan seperti bilik 1st class tak der air cond atau water heater, staff pon limited, jadi buatlah pilihan yang tepat...
TETAPI tak semestinya Hospital yang selesa itu menjaminkan quality yang baik, sekiranya anda dalam keadaan kecemasan Hospital Terbaik adalah Hospital yang berdekatan...

Jadilah rakyat yang bijak, MEMBACA lakukan kajian dahulu sebelum anda membuat sesuatu keputusan, jangan jadi anjing menyalak pada gunung kerana gunung pasti takkan runtuh..tak guna anda bising, membuat complain yang tidak bijak sekiranya anda sendiri tersalah membuat pilihan....KEARAH MASYARAKAT MINDA KELAS PERTAMA...

Stroller oh stroller...

kali ni berkisahkan pasal stroller...Stroller ni tak masuk dalam bajet sebelum kelahiran( ingatkan diri sendiri dalam pantang tak kuar mana-mana, jadi tak perlu risau pasal stroller)...tapi dalam pantang lagi tangan dah gatal men'survey' stroller yang sesuai untuk heroku yang satu nih...Antara syarat-syarat yang telah diletakkan oleh ahli majlis tertinggi(yakni aku dan suamiku), mestilah yang lightweight, mesti ada frontbar(sebab senang kalau tiba-tiba baby tak suker kena strap kat stroller ni), compact especially senang nak masuk kat dalam kete myviku yang comel tuh...tu jer kot kriteria yang MESTI, tapi aku tambah
-tambah sket( ni personal tambahan kriteria)...mestilah cantik dan stylish (cantik mata memandang..hehe)

So 1st choice aku adalah....Quinny zapp & maxi cosi travel system


cons : terlalu mahal --> kena reject dengan encik hu
sband....

then 2nd choice adalah Combi baby stroller urban walker

sangat cute..sangat selesa tapi...too small untuk anakku kot...and macam too comels..mungkin bukan untuk baby boy ibu..

then 3rd choice kami Maclaren techno XLR
tapi macam discussion yang awal mesti ader front bar..so sayang sangat sebab dier lightweight dan umbrella fold...so terpaksa reject

Akhirnya selepas survey banyak-banyak kali sampai termimpi-mimpi...akhirnyer......


here come Peg Perego pliko...ibu senyum sampai ke telinga..rasa puas hati sangat..walaupon bulky sikit tapi ibu sangat-sangat berpuas hati dengan pilihan kali ini...


(first ride,fresh from kedai,reaksi Naufal kali pertama naik stroller di Subang Parade)

Sampai sekarang ibu masih berpuas hati dengan Stroller Naufal, walaupun kadang-kadang Naufal hangin jugak naik stroller(yelah kanak-kanak membesar)...ibu bagi 5 bintang pada Peg Perego!!



Thursday, June 16, 2011

hari pertama ke nursery

Rasa dah lama ketinggalan nak update blog...kali nih aku mengimbas kembali kenangan hari pertama Naufal ke nursery....

setelah hampir 3 bulan Naufal asik berkepit kat aku(tak pernah berpisah dengan ibu pon...) hari ini menjadi hari yg menakutkan bukan untuk Naufal jer, termasuk ibu sekali...bagi ibu-ibu yang sama macam aku, pengalaman kali pertama mengahantar anak ke nursery memang menakutkan, macam-macam bermain di fikiran, anak aku selamat ker disana?diberi susu yang cukup ker?macam maner kalau terjadi kejadian yang tak diingini macam kat dalam akhbar? yang paling penting anakku yang sorang nih suker sangat bercakap,nanti ada ker orang layan dier bercakap?...

Trial hari pertama mengambil masa setengah hari...encik suami dah paham benar dah ngan aku(yelah sepanjang malam dah berlenangan air mata..) dengan bantuan dan semangat dari suami tersayang, Naufal pon menjejakkan kaki ke nursery(menggigil kaki aku nak hantar Naufal, terpaksalah Encik suami temankan)..Naufal aku tengok relex jer..mungkin Naufal masih tak ader stranger anxiety jadi dier tak kesah, biler Naufal bertukar tangan kat pengasuh, aku dah mula buat drama air mata(sedih bebonar)...then my lovely husband yang sangat memahami pon kata, x perlah aku kuarlah jenjalan, sepanjang berpantang aku tak pergi mana-mana so at least boleh mengurangakan kesedihan aku disamping mempercepatan masa berlalu..

So tempat yang terdekat adalah Alamanda...aku tak berani nak pergi jauh-jauh takut kalau pengasuh call Naufal nangis-nangis aku lambat sampai pulak...breakfast di Alamanda..oklah mungkin pagi-pagi tak ramai orang lagi, tapi biler tengok orang bawak stroller tuh boleh meleleh jugak air mata...Akhirnya berakhirlah separuh hari yang panjang itu..biler aku ambik Naufal jer beliau tengah sibuk bersembang bersama budak-budak lain...Alhamdulillah Naufal boleh menyesuaikan diri...

Mungkin bagi sesetengah orang pengalaman menghantar anak pertama ke nursery adalah biasa tak dramatis cam pengalaman aku, tapi bagi aku, pengalaman ini cukup berharga, mematangkan aku sebagai ibu,Alhamdulillah berkat kesabaran suami aku yang tak berhenti-henti memberi sokongan, keluarga yang tak putus-putus telefon bertanya khabar dan Alhamdulillah nursery yang aku hantar mungkin boleh aku katakan rumah kedua terbaik untuk anakku, rumah yang penuh kasih sayang, Naufal ceria bersama kenkawan dier...Ya Allah aku bersyukur sangat aku berjaya menempuh antara hari yang paling sukar dalam hidupku....