Sunday, October 30, 2011

Naufal 1st Birthday

Akhirnya, dah setahun anak ibu..sekarang ni Naufal dah ada percubaan unuk berdiri dan menapak 2-3 langkah...bilalh nak start jalan nih..
Bersemperna birthday Naufal yang pertama, ibu decide untuk mengadakan jamuan kecil-kecilan dirumah..maktok, semua aunties dan uncle telah dikerah untuk membantu...

Tema : Barney and Friend
Tarikh 29 Oktober 2011(5 hari dari tarikh birthday Naufal yang sebenar)
Tempat : Rumahku Syurgaku..Cewah
Menu : Laksa Penang (memenuhi request dari ibu abang wey), Meehon Singapore, Banana and walnut cupcakes, Berries Cheese Tart, and Birthday Cake

Di pagi hari...Naufal duduk termenung mengenangkan pertambahan usia

Orang sibuk mengemas dier buat photoshoot ngan Uncle
Birthday Cake specially to you!



Lagi gambar Cake
The Cupcake(homemade by ibu..)
the berries cheese tart (done by aunties)
Goodies bag...
Birthday Boy
Jiran dan rakan-rakan yang hadir
Sessi Temu ramah

Naufal dan Hadif
naufal with Aunty Sue dan Uncle Bapak
 
Finally at the end of the day baru dapat bergambar bersama Birthday Boy

Happy Birthday Naufal sayang, semoga Naufal menjadi anak yang soleh dan berguna kepada keluarga, agama dan negara...

Saturday, October 15, 2011

Food..food..food Part 1

Kali ni kita bercerita sket tentang makanan..tapi tentang baby's food...
Setiap kali di klinik mesti ada referral dari klinik kesihatan untuk baby kurang berat, dan majoriti parent yang membawa anak ke klinik mempunyai masalah tentang pemakanan anak mereka...dan faktor yang besar membantutkan perkembangan bayi adalah pemakanan...

mengawal tabiat pemakanan bayi ini secara basicnya MUDAH, tapi mesti kena cara..

Rules no 1 : susu ibu mestilah diteruskan sehingga 6 bulan (seperti yang semua sedia maklum)
Rules no 2 : Apabila bayi sudah mencapai 6 bulan, start memperkenalkan makanan pejal..jangan terlalu awal atau terlalu lewat memperkenalkan makanan(ini starting point masalah...)
Rules no 3 : start perkenalkan makanan yang less allergy
Rules no 4 :DON'T GIVE UP

senang jer kan...masalah utama kaum ibu bapa hari ini adalah rules no 2...bayi diperkenalkan makanan terlalu awal atau terlalu lewat...faktor ini yang memain peranan kerana bayi yang terlalu lewat diperkenalkan makan pejal aku menyebabkan rejection yang susah diatasi..ini menyebabkan bayi akan bergantung sepenuhnya kepada susu, dan kita semua sedia maklum apabila bayi berusia 6 bulan ke atas susu sudah tak mampu menampung keperluan khasiat harian..jadi dari usia ini kanak-kanak akan mula kurang mendapat khasiat, kurang mendapat zat dan kurang berat badan..lebih kronik kanak-kanak di usia ini mudah mendapat anaemia kerana kekurangan zat besi...
Terdapat ibu bapa yang risau bagaimana mahu memulakan makanan pejal..mulakan makanan yang less allergy...apa maksudnya?..makanan terutama sayuran merupakan makanan less allergy, dan setiap makanan yang diperkenalkan mesti satu-satu dan setiap satu cuba bagi dalam masa 2-3 hari...jadi kita boleh kesan makanan mana yang boleh menyebabkan allergy kepada bayi anda..seperti saya...saya mulakan makanan pejal naufal yang pertama dengan cerelac stage 1 ( start yang warna biru)...baby yang extra allergy boleh mula dengan yang tin hijau...mula-mula pergi ke manjaku..start survey banyak sangat makanan baby so tak boleh decide semua nampak sama stage 1...so nak mula yang mana...kebetulan datang company nestle ke ward untuk hantar invitation dinner talk..so tanyerlah aper perbezaan warn-warna tin ni..
hijau - beras biasa tidak mengandungi susu -jadi sesuai untuk baby yang ader masalah allergy, so cara penyediaan dia bolehlah ditambah dengan susu EBM, atau air biasa...


biru- beras biasa juga tetapi ader kandungan susu(sebab tu dier ader probiotic sebab ader susu)


merah - ni daripada beras merah...untuk nutrion wise tak der beza sangat dengan beras putih tapi yang ini untuk variety food..so selalunya kita try yg biru/hijau dulu kemudian baru yang merah(sebab dikhuatiri allergy)...

jadi berapa kerap dan berapa banyak baby perlu makan???
mula2 start dengan jumlah yang sedikit dahulu..masa mula2 introduce kat naufal dier cam reject jadi buat dalam half small baby bowl tu...and try lagi..mula2 sekali sehari..then biler ok naikkan amaun dier dan kekerapan die pada 2 kali sehari...Rules no 4 sangat berguna pada masa nih..DONT'T GIVE UP cuba dan terus mencuba...

bila menjelang umur 6 bulan lebih start nak introduce makanan lain...selepas baby mula menerima makanan pejal jangan berhenti di situ dengan memberi makanan yang sama sahaja...pelbagaikan makanan...cuba makanan yang lain..target kita menjelang umur setahun baby boleh makan makanan keluarga(maksudnya makan bersama kita dengan makanan kita)... masa ini ibu naufal start berkerah bangun awal untuk masak bubur..saperti biasa mulakan dengan makanan yang hypoallergy..mula dengan nasi+ikan bilis+kentang/carrot/brocoli...teringat kata kawan baikku cheah (aisah biarkan dier rasa manisnyer carrot dan kentang, lemaknya brocoli) jadi jangan tambah garam pada makanannya...selepas seminggu lebih next step perkenalkan ayam dan ikan pula then bayam then so on...

menjadi ibu membawa kita ke alam keseronokkan..sebelum ini sukar untuk ke dapur tapi sekarang hari-hari kena ke dapur sebab nak kena masak makanan untuk anak..makanan kita mungkin boleh tapau jer...tapi makanan anak kena sedia sendiri kerana nutrition yang kita bagi, ditambah dengan kasih sayang didalamnya membuatkan baby membesar sihat dan kuat...