Tuesday, September 6, 2011

Hospital Kerajaan...

Sejak menjawat penjawat awam yang berdedikasi ini, ramai yang bertanya, Hospital kerajaan mana yang elok, service yang baik...sebagai penyokong kuat KKM saya akan berkata semua Hospital sama jer, tak der perbezaan....

Betul ke tiada perbezaan????

Banyak perbezaan, dan perbezaan inilah yang perlu diambil kira sebelum kita berhajat untuk ke Hospital tersebut...
Perbezaan utama adalah Logistik problem...sebab KKM cuba sedaya upaya dekat dengan anda so kita cuba buat hospital berdekatan anda....

TETAPI...Hospital-hospital yang didirikan ini ada beberapa perbezaan, dan perbezaan ini anda harus TAHU dan perlu ambil TAHU...

1) Hospital Berpakar vs Hospital tak berpakar...
Anda mesti tahu dan sedar di Malaysia ini terdapat Hospital-hospital tidak berpakar, dan jangan terkejut sekiranya hanya ada satu doktor sahaja yang bertugas untuk satu masa( jadi bila anda ke Hospital tersebut janganlah malu-malu segan nak bertanya doktor dimana, sebab doktor di Hospital tersebut multitask, kanak-kanak dier,dewasa pon dier tengok, bersalin pun mereka tengok) jangan bila anda memilih untuk ke hospital tersebut, tolonglah jangan meminta seperti 'saya nak jumpa pakar' dan jangan terkejut sekiranya anda terpaksa untuk dipindahkan ke Hospital Berpakar yang berdekatan untuk rawatan lanjut...

2)Hospital Besar Berpakar vs Hospital Daerah Berpakar...
Pon ada perbezaan..walaupon ada pakar tetapi berbeza...di Hospital Daerah berpakar selalunya mempunyai pakar tetapi selaunya yang basic, contohnya Pakar Perbidanan, Pakar Kanak-kanak, Pakar Perubatan, dan slalunya pakar-pakar ini seorang atau 2, dan sekira pakar-pakar seperti orthopedic, atau pembedahan atau mata atau ENT selalunya akan datang seminggu/sebulan sekali dari hospital besar berpakar..jadi anda mungkin boleh datang ke hospital ini dan memohon untuk dirujuk ke pakar-pakar tertentu, tapi jangan terkejut dengan tarikh temujanji yang panjang(yelah kalau pakar melawat sebulan sekali berapa banyak pon pesakit boleh di tengok), sekira kes-kes yang serius atau perlu pemerhatian segera maka anda akan dirujuk terus ke Hospital Besar berpakar...
Perbezaan lain ialah selalunya Hospital daerah berpakar ini tak mempunyai kemudahan seperti CT scan, jadi bila anda datang ke Hospital ini sebab terhantuk kepala janganlah gatal-gatal berkata boleh saya nak CT-scan kepala saya...sekira anda disyak mempunyai pendarahan di kepala anda akan di rujuk ke Hospital besar untuk CT-scan....dan yang paling penting...kebanyakkan Hospital Daerah berpakar tidak mempunyai epidural(untuk bersalin..) jadi kalau tgh2 malam datang tolonglah jangan marah-marah misi atau doktor yang ada untuk mintak epidural...TOLONGlah faham yer...

3) Hospital Besar Berpakar vs Hospital tertiary
Maksud Hospital Tertiary adalah Hospital-Hospital yang mempunyai sub kepakaran contohnya untuk neurosurgery di Hospital Kuala Lumpur, atau melibatkan pembedahan jantung di IJN...jadi bila anda perlu dihantar ke Hospital Tertiary maknanya pakar kepada subkepakaran itu ada disitu...jadi kenalah pergi walaupon kadang-kadang jauh....

4) Hospital Selesa vs Hospital tak selesa...
itu isu yang sebenarnya orang kebanyakkan yang pentingkan berbandingkan perkara no 1-3, yang ada first class, yang ada air cond, yang ada button nak panggil nurse...tapi pentingkah semua itu??basic hospital semua ada, jadi terpulang pada masing...tapi sebelum anda ke sesebuah hospital (contohnya untuk bersalin) survey dahulu hospital tersebut, pergi ke laman web rasmi mereka pastikan mereka ada kemudahan yang anda mahukan...kerana Hospital-hospital daerah yang kecil ini tak mempunyai kemudahan seperti bilik 1st class tak der air cond atau water heater, staff pon limited, jadi buatlah pilihan yang tepat...
TETAPI tak semestinya Hospital yang selesa itu menjaminkan quality yang baik, sekiranya anda dalam keadaan kecemasan Hospital Terbaik adalah Hospital yang berdekatan...

Jadilah rakyat yang bijak, MEMBACA lakukan kajian dahulu sebelum anda membuat sesuatu keputusan, jangan jadi anjing menyalak pada gunung kerana gunung pasti takkan runtuh..tak guna anda bising, membuat complain yang tidak bijak sekiranya anda sendiri tersalah membuat pilihan....KEARAH MASYARAKAT MINDA KELAS PERTAMA...

Stroller oh stroller...

kali ni berkisahkan pasal stroller...Stroller ni tak masuk dalam bajet sebelum kelahiran( ingatkan diri sendiri dalam pantang tak kuar mana-mana, jadi tak perlu risau pasal stroller)...tapi dalam pantang lagi tangan dah gatal men'survey' stroller yang sesuai untuk heroku yang satu nih...Antara syarat-syarat yang telah diletakkan oleh ahli majlis tertinggi(yakni aku dan suamiku), mestilah yang lightweight, mesti ada frontbar(sebab senang kalau tiba-tiba baby tak suker kena strap kat stroller ni), compact especially senang nak masuk kat dalam kete myviku yang comel tuh...tu jer kot kriteria yang MESTI, tapi aku tambah
-tambah sket( ni personal tambahan kriteria)...mestilah cantik dan stylish (cantik mata memandang..hehe)

So 1st choice aku adalah....Quinny zapp & maxi cosi travel system


cons : terlalu mahal --> kena reject dengan encik hu
sband....

then 2nd choice adalah Combi baby stroller urban walker

sangat cute..sangat selesa tapi...too small untuk anakku kot...and macam too comels..mungkin bukan untuk baby boy ibu..

then 3rd choice kami Maclaren techno XLR
tapi macam discussion yang awal mesti ader front bar..so sayang sangat sebab dier lightweight dan umbrella fold...so terpaksa reject

Akhirnya selepas survey banyak-banyak kali sampai termimpi-mimpi...akhirnyer......


here come Peg Perego pliko...ibu senyum sampai ke telinga..rasa puas hati sangat..walaupon bulky sikit tapi ibu sangat-sangat berpuas hati dengan pilihan kali ini...


(first ride,fresh from kedai,reaksi Naufal kali pertama naik stroller di Subang Parade)

Sampai sekarang ibu masih berpuas hati dengan Stroller Naufal, walaupun kadang-kadang Naufal hangin jugak naik stroller(yelah kanak-kanak membesar)...ibu bagi 5 bintang pada Peg Perego!!